04 February, 2010

'BN sentiasa buka pintu'

Penyertaan pemimpin, anggota pembangkang dialu-alukanKUANTAN: Umno dan Barisan Nasional (BN) membuka seluas-luasnya pintu parti itu kepada pemimpin dan anggota parti dari pakatan pembangkang yang meninggalkan parti masing-masing berikutan hilang kepercayaan terhadap perjuangan asal mereka. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata Umno mengajak mereka berbuat demikian ekoran kepincangan parti dalam pakatan pembangkang semakin terserlah apabila wujudnya beberapa krisis sesama mereka sejak kebelakangan ini.
Secara peribadi, beliau menyifatkan Pakatan Rakyat (PR) disifatkannya sebagai 'Pakatan Rapuh' berikutan pelbagai isu dan kontroversi yang dihadapi gagal ditangani. "Dalam situasi sekarang, Pakatan Rakyat semakin bergolak dan masalah yang dihadapi mereka bukannya sandiwara, sebaliknya kenyataan bahawa mereka kini diibaratkan sebagai Pakatan Rapuh. "Ini dibuktikan apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak serasi dengan Pas dan DAP, manakala Pas pula tidak serasi dengan DAP," katanya pada sidang media selepas Majlis Penutup Program Umno Juara Rakyat Peringkat Umno Bahagian Indera Mahkota di Dewan MPK Balok, di sini semalam. Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Mohd Hazmi Yusof dan Timbalan Ketua bahagian, Datuk Shaharuddin Shamsuddin.
Beliau berkata demikian ketika mengulas krisis politik parti pembangkang terutama di Pulau Pinang. Khamis lalu, Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai pemimpin diktator, cauvinis dan berfikiran komunis. Sehubungan itu, Ahmad berkata, Umno berharap pemimpin dan ahli pakatan itu yang hilang kepercayaan kepada pemimpin mereka supaya menyertai BN. "Sila tinggalkan PR kerana kita membuka seluas-luasnya pintu kepada mereka untuk bersama BN," katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan bahawa krisis yang berlaku membabitkan kepimpinan parti pembangkang itu bukan disebabkan oleh Umno atau BN. Sebaliknya, katanya, ia berlaku disebabkan barisan kepimpinan yang tidak sehaluan dalam pelbagai perkara

Ahmad Maslan Ajak Anggota Pembangkang Sertai Umno

KUANTAN, 31 Jan (Bernama) -- Umno dan Barisan Nasional (BN) membuka seluas-luasnya pintu parti itu kepada pemimpin dan anggota parti dari pakatan pembangkang yang meninggalkan parti masing-masing berikutan hilang kepercayaan terhadap perjuangan asal mereka.Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata Umno mengajak mereka berbuat demikian ekoran kepincangan parti dalam pakatan pembangkang kini semakin terserlah apabila wujudnya beberapa krisis sesama mereka sejak kebelakangan ini."Saya menyeru kepada kawan-kawan lain yang tidak lagi bersetuju dengan pembangkang supaya lekas-lekas tinggalkan parti itu dan kita di Umno sentiasa menerima mereka dengan tangan terbuka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Ekspo Pendidikan Program Juara Rakyat Umno Bahagian Indera Mahkota di Balok, di sini pada hari Ahad.Ahmad berkata krisis yang berlaku di antara beberapa pemimpin parti pembangkang kebelakangan ini bukanlah satu sandiwara tetapi ia benar-benar terjadi yang telah memperlihatkan kepada rakyat tentang ketidaksefahaman yang wujud sesama mereka selama ini."Pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP ini bukanlah pakatan pembangkang tetapi merupakan pakatan rapuh dan kita bersedia menerima ahli-ahli pembangkang untuk menyertai Umno dan BN," katanya mengulas kemelut politik antara pakatan pembangkang terutamanya di Pulau Pinang yang semakin serius sejak kebelakangan ini.Khamis lepas, Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai seorang diktator, cauvinis dan berfikiran komunis."Apa yang berlaku di antara Zahrain dan Lim Guan Eng memang betul-betul berlakunya gelombang besar dalam pakatan itu dan mereka ini adalah Pakatan Rapuh dari dulu lagi malah Zahrain merupakan satu simbol yang melambangkan ketidaksetujuan oleh pihak PKR dan PAS di Pulau Pinang terhadap Ketua Menterinya," kata Ahmad.Beliau tidak menolak kemungkinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menuduh Umno sebagai dalang terhadap apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang pada masa ini."Umno dan BN tidak ada kena-mengena dengan apa yang berlaku dalam pakatan terbabit dan itu memang taktik Anwar yang akan menuduh Umno dan BN sebagai punca berlaku sesuatu masalah walaupun ia terjadi dalam pakatan pembangkang," katanya.-- BERNAMA

Tinggalkan segera pakatan pembangkang

KUANTAN 31 Jan. - Pemimpin dan ahli pakatan pembangkang tidak seharusnya mengambil pendirian tunggu dan lihat sebaliknya perlu meninggalkan segera parti masing-masing sebelum pakatan yang mereka cipta itu musnah.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menegaskan, dengan pergolakan politik yang semakin serius akhir-akhir ini, pakatan pembangkang yang kini dikenali sebagai 'pakatan rapuh' diibaratkan sebagai 'retak menanti belah.'
Menurut beliau, pihaknya sentiasa bersikap terbuka kepada mana- mana pemimpin dan ahli parti pembangkang yang berhasrat menyertai UMNO dan Barisan Nasional (BN).
''Pakatan pembangkang yang terdiri daripada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP ini bukanlah pakatan rakyat seperti yang diuar-uarkan tetapi merupakan pakatan rapuh.
''Kita bersedia menerima ahli-ahli pembangkang untuk menyertai UMNO atau BN," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Indera Mahkota di Dewan Orang Ramai Balok dekat sini hari ini.
Beliau mengulas kemelut politik antara pakatan pembangkang terutama di Pulau Pinang yang semakin serius sejak akhir-akhir ini.
Dalam perkembangan terbaru Khamis lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed secara keras menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang digambar sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran bahaya.
Mengulas lanjut, Ahmad menegaskan, kerapuhan pakatan pembangkang yang berlainan ideologi itu telah wujud sejak sekian lama.
Jelas beliau, parti-parti pembangkang terbabit hanya menjalinkan kerjasama semata-mata mahu menewaskan BN dan memenangi pilihan raya.
''Sedangkan hakikatnya, ketiga-tiga parti berkenaan tidak mempunyai keserasian sama sekali," katanya.
Beliau menjelaskan, pergolakan berlaku dalam pakatan pembangkang tersebut adalah realiti dan bukan sandiwara.
''UMNO dan BN tidak mempunyai sebarang kaitan dengan apa yang berlaku dalam pakatan terbabit," tegasnya.
Beliau juga tidak menolak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menuduh UMNO sebagai dalang terhadap apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang pada masa ini.
''Itu memang taktik Anwar yang akan menuduh UMNO dan BN sebagai punca berlaku sesuatu masalah walaupun ia terjadi dalam pakatan pembangkang.
''Bercakap pasal Anwar ini, kalau ada tayar motosikal pancit di tepi jalan pun, dia akan tuduh orang UMNO yang pancitkan," tambahnya.

Mangsa kebakaran rayu bina semula rumah

PONTIAN 31 Jan. - Mangsa kebakaran di Kampung Parit Selangor, Benut, di sini merayu pihak berkaitan agar memberikan bantuan bagi membina semula rumahnya yang hangus akibat kejadian tersebut.
Mangsa, Mohd. Rafek Amir, 42, berkata, dia bersama isteri dan empat anaknya kini terpaksa menumpang sementara di rumah jirannya ekoran ketiadaan tempat tinggal.
Lebih membimbangkan, katanya, dua anaknya, Nurul Natasha, 15, dan Nurul Nabila, 12, akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.
Nurul Natasha, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Tanjung, Benut, sementara Nurul Nabila belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Markom, Benut.
Menurutnya, dengan pendapatan bulanan RM1,200 sebagai pemandu lori bahan binaan, beliau tidak berkemampuan untuk membina semula rumahnya.
"Saya merayu kepada pihak berkenaan supaya membantu membina semula rumah saya ini agar anggota keluarga saya dapat tinggal dengan lebih selesa terutama anak-anak yang masih bersekolah.
"Kami sekeluarga pun tidak tahu sampai bila akan menumpang di rumah jiran memandangkan kami tiada tempat tinggal yang lain," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada malam kelmarin, rumah kayu peninggalan keluarga Mohd. Rafek hangus menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang dan hanya dapat menyelamatkan beberapa dokumen penting sahaja.
Turut musnah ialah pakaian serta buku sekolah yang tidak dapat diselamatkan kerana api marak begitu cepat.
Tambah Mohd. Rafek, ketika kejadian, dia masih di tempat kerja manakala yang ada di rumah ketika itu adalah isterinya, Aminah Abu, 38, empat anaknya, Nurul Najiha, 9 bulan, Nurul Nabiba, 10 tahun selain Nurul Nabila dan Nurul Natasha.
"Namun saya bersyukur kerana isteri dan anak-anak selamat dalam kejadian tersebut walaupun rumah saya hangus termasuk sebuah motosikal," katanya penuh hiba.
Ditanya mengenai punca kejadian tersebut, beliau diberitahu oleh Nurul Natasha bahawa ia berpunca daripada kebakaran di bahagian dapur yang terus merebak ke bahagian lain di seluruh rumah.
''Mungkin berlaku litar pintas kerana dikatakan berlaku seperti percikan api," ujarnya.
Setakat ini beberapa pihak telah menghulurkan bantuan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah, Pejabat Daerah Pontian, Majlis Agama Islam Pontian selain penduduk kampung.
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan yang melawat ke tempat kejadian turut memberikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada keluarga mangsa.
Sementara itu, Ketua Kampung Kawasan (3) Mukim Sungai Pinggan, Kasmadi Subuh berkata, ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Rela bersedia membina rumah Mohd. Rafek secara gotong-royong sekiranya mempunyai bekalan bahan binaan.
Katanya, pihaknya bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga tersebut dan berharap ada pihak yang dapat memberikan peruntukan segera agar kerja-kerja dapat dilakukan dengan segera.

Pakatan rapuh: Tinggalkan segera pakatan pembangkang

KUANTAN 31 Jan. – Pemimpin dan ahli pakatan pembangkang tidak seharusnya mengambil pendirian tunggu dan lihat sebaliknya perlu meninggalkan segera parti masing-masing sebelum pakatan yang mereka cipta itu musnah.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menegaskan, dengan pergolakan politik yang semakin serius akhir-akhir ini, pakatan pembangkang yang kini dikenali sebagai ‘pakatan rapuh’ diibaratkan sebagai ‘retak menanti belah’. – Utusan

Program Juara Rakyat platform tambah ahli UMNO

PONTIAN 30 Jan. – Program Juara Rakyat (PJR) perlu dijadikan platform bagi menambah keahlian UMNO dan mendaftarkan mereka sebagai pengundi pada pilihan raya selain menyemarakkan aktiviti-aktiviti lain.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kesemua 191 bahagian UMNO di seluruh negara diminta menggunakan ruang tersebut apabila menganjurkan PJR.
Katanya, kini terdapat 600,000 ahli UMN0 yang belum mendaftar sebagai pemilih dan angka tersebut perlu dikurangkan bagi memastikan mereka boleh keluar mengundi seterusnya menyokong Barisan Nasional (BN).
Menurut beliau, urus setia UMNO di bahagian-bahagian hendaklah membuka dua kaunter ada setiap PJR supaya orang ramai boleh mendaftar sebagai ahli UMNO dan menjadi pemilih berdaftar.
“Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) malam tadi juga telah diberikan taklimat oleh Pengerusi Keahlian UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengenai perkembangan ahli-ahli UMNO ketika ini.
“Kini terdapat 3.5 juta ahli UMNO di seluruh negara dan jumlah tersebut hendaklah ditambah melalui kaunter-kaunter di PJR,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia selepas merasmikan Dewan Perancangan Pembangunan Kawasan (RPK) sempena Program Juara Rakyat Parlimen Pontian, di Mini Estet Parit Seraya, Benut, di sini, hari ini.
Dewan RPK tersebut dibina dengan kos RM100,000 melalui peruntukan daripada RISDA, manakala pengurusan Mini Estet Parit Seraya telah menyumbang sebanyak RM30,000 ribu.
PJR Peringkat Kebangsaan telah dilancarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 9 Januari lalu.
Sempena perasmian dewan tersebut, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian turut menyampaikan hadiah kepada pelajar sekolah yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR pada tahun lalu.

29 January, 2010

PM saksi MoU program gedung makanan negara


KUALA LUMPUR, 28 Jan. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Felda dengan tujuh agensi berkaitan secara serentak di sini hari ini.
Kesemua adalah agensi yang menyokong Program Gedung Makanan Negara yang dicetuskan oleh Najib untuk dilaksanakan Felda.
Agensi tersebut ialah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk projek pemasaran produk pertanian, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) bersama-sama Jabatan Pertanian bagi projek penyelidikan dan pembangunan sektor pertanian.
Jabatan Perikanan untuk pembangunan projek ikan tilapia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk projek pengeluaran lembu pedaging, Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk projek penyelidikan rumpai laut dan Malaysia Agrifood Corporation Berhad (MAFC) untuk projek penanaman fertigasi tembikai madu.
Felda diwakili oleh pengarah besarnya Datuk Dzulkifli Abd. Wahab, UMS diwakili oleh Naib Canselornya Prof Datuk Dr. Kamaruzaman Ampon dan MAFC oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Azizi Meor Ngah.
Sementara FAMA, MARDI, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar diwakili oleh ketua pengarah masing-masing iaitu Datuk Mohamed Shariff Abd. Aziz, Datuk Dr. Abd. Shukor Abd. Rahman, Datuk Roseley Khalid, Datuk Junaidi Che Ayub dan Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd. Hashim Abdullah dan Pengerusi Felda Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor. - BERNAMA

27 January, 2010

UMNO Pahang kesan 200,000 belum daftar pemilih

KUALA LIPIS 19 Jan. - Biro Daftar Pemilih Badan Perhubungan UMNO Pahang sedang giat mengesan 200,489 rakyat negeri ini yang layak mengundi untuk didaftarkan sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusinya, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, untuk itu pihaknya bekerjasama dengan SPR bagi mengesan golongan terbabit termasuk kelompok masyarakat Orang Asli yang tinggal di pedalaman negeri ini.
''Kita juga akan meminta kerjasama UMNO di peringkat bahagian dan cawangan untuk mengesan golongan tersebut agar mereka dapat mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
''Kebanyakan penduduk berkenaan ada yang bekerja di Lembah Klang manakala sebahagiannya tinggal di luar bandar termasuk Orang Asli di pedalaman negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program penerangan dan taklimat mengenai pendaftaran pemilih, pengundi baru dan pendaftaran keahlian UMNO Bahagian Cameron Highlands sempena Program Juara Rakyat di Sungai Koyan, dekat sini semalam.
Majlis perasmian program itu disempurnakan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Menurut Wan Rosdy, daripada 1.4 juta penduduk negeri ini, seramai 615,218 telah mendaftar sebagai pemilih manakala 200,489 orang lagi yang kebanyakannya golongan muda masih belum berbuat demikian.

18 January, 2010

Juara Rakyat: Pas tiada hak pertikai


PONTIAN 17 Jan. – Pas tidak berhak mempertikaikan jumlah peruntukan yang digunakan UMNO pada majlis pelancaran program Juara Rakyat baru-baru ini dan juga siri kempen program itu pada masa akan datang.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, parti itu tidak perlu tampil membuat penjelasan kerana keseluruhan program itu dibiayai dengan sumber kewangannya sendiri.
“Saya hendak maklum program pelancaran itu kita guna wang UMNO dan Pas tidak boleh mempertikai berapa banyak kita hendak guna kerana itu semua terpulang pada UMNO.
“Pas juga tidak ada hak hendak tanya berapa banyak jumlah peruntukan program itu di bahagian-bahagian nanti kerana kita masih menggunakan wang parti.
“UMNO Pusat akan memberi sedikit peruntukan kepada bahagian untuk mengadakan program Juara Rakyat dan selebihnya terpulang kepada kebijaksanaan bahagian untuk mendapat peruntukan tambahan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian bantuan kepada pelajar-pelajar miskin sempena program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Pontian di sini hari ini.
Turut berlangsung pada program itu pertandingan memancing GP Joran Bagus 2010.
Ahmad mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar yang meminta UMNO menjelaskan sumber peruntukan untuk membiayai pelancaran program Juara Rakyat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Hulu Selangor, Selangor hujung minggu lalu.
Mahfuz berkata, penjelasan tersebut dapat mengelak tanggapan bahawa wang rakyat disalahgunakan bagi kepentingan politik parti UMNO.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mempertikaikan peruntukan berjumlah RM15.6 juta yang diumumkan Najib pada pelancaran program itu bagi membaiki pangsapuri di sekitar Bandar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan, menjadi hak Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO untuk mengumumkan apa jua peruntukan pada bila-bila masa.
“Beliau hendak umum sewaktu buat lawatan ke, masa Perhimpunan Agung UMNO ke, dalam majlis Barisan Nasional ke, di Pejabat Perdana Menteri ke, itu terpulang kepada beliau kerana beliau ialah Perdana Menteri.
“Kerajaan Malaysia adalah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri ialah Pengerusi BN.
“Perdana Menteri tidak boleh memisahkan dirinya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN walau di mana beliau berada ketika membuat apa jua pengumuman,” katanya.

17 January, 2010

AKTIVITI AHMAD MASLAN

MELAWAT KAWASAN TERBAKAR (PROGRAM JUARA RAKYAT)
PROGRAM JUARA RAKYAT PENDIDIKAN DI PONTIAN

PROGRAM JUARA RAKYAT SELESAI MASALAH RAKYAT

JUARA RAKYAT MELAWAT SEKOLAH CINA PONTIAN

JUARA RAKYAT UPSR & PMR DI BENUT (17 JAN 10)

DAFTAR PENGUNDI & AHLI CAMERON HIGHLANDS..

ditemuramah MEDIA..

MAJLIS RINGKAS MERAIKAN PETUGAS JUARA RAKYAT
PROGRAM JUARA RAKYAT HULU SELANGOR

PROGRAM JUARA RAKYAT DI HULU SELANGOR

BERI TAKLIMAT KPD PETUGAS JUARA RAKYAT

SURAU BARU Pt. Hj. Yusuf, Kg sendiri dah siap..

Ahli MT jadi bapa angkat Juara Rakyat

KUALA LUMPUR: Semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno termasuk Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi bapa angkat Program Juara Rakyat bermula bulan ini. Tiga Naib Presiden termasuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal turut menjadi bapa angkat program itu. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata melalui keputusan yang dicapai dalam mesyuarat MT Umno 4 Disember tahun lalu, Najib dan Muhyiddin masing-masing menjadi bapa angkat kepada Selangor dan Wilayah Persekutuan serta pada masa sama memantau semua bahagian seluruh negara.
Sementara itu katanya, Ahmad Zahid menjadi bapa angkat kepada 53 bahagian di Pulau Pinang, Johor dan Kelantan, Hishammuddin kepada 51 bahagian di Terengganu, Sabah, Negeri Sembilan, Melaka, Perlis dan Labuan dan Shafie kepada 53 bahagian di Kedah, Perak dan Pahang. “Selain itu, ahli MT lain diberikan lima kawasan dan semua bapa angkat akan turun padang ke bahagian setiap bulan. “Program ini dilaksana dengan pembabitan bersepadu pemimpin Umno bahagian termasuk Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional di bahagian terbabit,” katanya di sini, semalam.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata semua 191 bahagian Umno diwajibkan mengadakan program itu selama dua hari satu malam setiap bulan mengikut tema ditetapkan.

Umno Buka Kaunter Pemilih, Ahli Pada Program Juara Rakyat

KUALA LIPIS, 16 Jan (Bernama) -- Umno akan membuka kaunter daftar pemilih dan keanggotaan Umno pada setiap siri program Juara rakyat di seluruh negara dalam usaha menambah lagi keanggotaannya selain memastikan mereka dapat mengundi pada pilihan raya umum akan datang.Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata ketika ini terdapat lebih 4.38 juta yang layak mendaftar tetapi masih belum berbuat demikian, dengan 2.85 juta atau 65 peratus adalah Bumiputera."Usaha kita ini adalah bagi membolehkan lebih ramai mereka yang belum lagi mendaftar keanggotaan dan pemilih dapat mendaftar segera, dan dapat menunaikan hak mereka sebagai pengundi."Antara faktor yang menyebabkan kegagalan mendaftar sebagai pemilih ialah kurangnya kesedaran dan tanggungjawab terhadap kepentingan untuk menjadi pengundi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Taklimat dan Penerangan Pendaftaran Pemilih, Pengundi Baru dan Pemutihan Keanggotaan Umno anjuran Biro Daftar Keahlian Umno Pahang di Sungai Koyan, dekat sini, pada hari Sabtu.Selain itu, Ahmad berkata Umno juga akan memperhebatkan lagi program Juara Rakyat ke semua 191 bahagian Umno di seluruh negara dengan setiap Anggota Majlis Tertinggi (MT) akan menjadikan lima bahagian sebagai "bahagian angkat"."Lima bahagian yang dipilih itu adalah daripada lima negeri yang berbeza, tiga daripadanya kawasan yang dimenangi Barisan Nasional, dua lagi bahagian yang tewas, perkara ini diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi pada 4 Dis lepas," katanya.-- BERNAMA

'Bapa Angkat' Bahagian Umno Mula Turun Padang Bulan Ini

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Anggota-anggota Majlis Tertinggi Umno yang dilantik menjadi "bapa angkat" kepada lima bahagian, setiap satu bahagian di lima negeri berlainan, akan mula turun padang bulan ini bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat setempat selaras program Juara Rakyat anjuran parti itu.Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata bahagian "angkat" bagi anggota MT itu diputuskan dalam mesyuarat MT Umno pada 4 Dis lepas.Bercakap dalam sidang akhbar di sini Khamis, beliau berkata program Juara Rakyat, yang dilancarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak di Hulu Selangor pada 9 Jan lepas, akan digerakkan di kesemua 191 bahagian Umno pada setiap bulan mengikut tema yang ditetapkan."Contohnya bagi Mac, temanya adalah 'agensi kerajaan'. Kami akan kumpulkan semua agensi kerajaan di satu-satu bahagian, iaitu lebih kurang 30 gerai dalam satu dewan, dan mengadakan 'hari bersama pelanggan'," katanya.Setiap bahagian perlu menganjurkan program itu dalam tempoh dua hari satu malam di tempat masing-masing setiap bulan.Ahmad berkata walaupun Umno pusat menyediakan peruntukan untuk program itu, setiap bahagian digalakkan mencari peruntukan tambahan.Beliau berkata program Juara Rakyat itu diadakan sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah rakyat setempat yang sudah lama tertangguh dan tidak mendapat perhatian."Penggunaan perkataan juara mempunyai makna yang luas...iaitu pemimpin menjuarai kehidupan rakyat dan akhirnya rakyat menjadi juara kerana nasib mereka terbela dan hidup bahagia," katanya.Ahmad berkata selaku Ketua Penerangan beliau akan membentangkan laporan mengenai perjalanan program itu dalam mesyuarat MT Umno dari semasa ke semasa.-- BERNAMA

PROGRAM JUARA RAKYAT

Ahmad selar pemimpin bahagian, cawangan malas

KUALA LIPIS 16 Jan. – Sikap sambil lewa dan malas sesetengah pemimpin UMNO bahagian serta cawangan dalam menggerakkan aktiviti pendaftaran, merupakan salah satu punca seramai 4.3 juta penduduk berusia 21 tahun ke atas belum mendaftar sebagai pemilih baru.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, senario itu jika tidak diberi perhatian sewajarnya oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMN0 bahagian serta cawangan, boleh melemahkan kekuatan parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang. - Utusan

'Bapa Angkat' turun padang

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dilantik menjadi 'bapa angkat' kepada lima bahagian, setiap satu di lima negeri berlainan akan mula turun padang bulan ini bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat setempat selaras program Juara Rakyat anjuran parti itu.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, bahagian 'angkat' bagi anggota MT itu diputuskan dalam mesyuarat MT UMNO pada 4 Disember lepas.
Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata, program Juara Rakyat yang dilancarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Hulu Selangor pada 9 Januari lepas akan digerakkan ke semua 191 bahagian UMNO pada setiap bulan mengikut tema yang ditetapkan.
"Contohnya bagi Mac, temanya adalah 'agensi kerajaan'. Kami akan kumpulkan semua agensi kerajaan di satu-satu bahagian, iaitu lebih kurang 30 gerai dalam satu dewan dan mengadakan 'hari bersama pelanggan," katanya.
Setiap bahagian perlu menganjurkan program itu dalam tempoh dua hari satu malam di tempat masing-masing setiap bulan.
Ahmad berkata, walaupun UMNO Pusat menyediakan peruntukan untuk program itu, setiap bahagian digalakkan mencari peruntukan tambahan.
Beliau berkata, program Juara Rakyat itu diadakan sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah rakyat setempat yang sudah lama tertangguh dan tidak mendapat perhatian.
"Penggunaan perkataan juara mempunyai makna yang luas iaitu pemimpin menjuarai kehidupan rakyat dan akhirnya rakyat menjadi juara kerana nasib mereka terbela dan hidup bahagia, katanya.
Ahmad berkata, selaku Ketua Penerangan beliau akan membentangkan laporan mengenai perjalanan program itu dalam mesyuarat MT dari semasa ke semasa. - Bernama

12 January, 2010

Umno letak rakyat tempat utama perjuangan

Program bukan untuk bermegah, tetapi penjelasan mengenai dasar, matlamat perjuangan parti"GELANGGANG politik dengan gelanggang laga lembu tidak jauh bezanya dalam praktik. Lembu itupun sama dengan politik... sama-sama diperjudikan". Itulah petikan dialog dalam novel Juara, karya Sasterawan Negara, Dr S Othman Kelantan pada halaman 74. Persoalan dan tema utama yang diangkat dalam novel itu adalah mengenai konsep menjadi 'juara'. Juara adalah novel mengisahkan perjuangan seorang bekas pejuang politik yang dikenali sebagai Mamat yang tidak pernah berakhir selepas kariernya berakhir. Dalam novel itu, Mamat menganggap perjuangan di medan politik tiada bezanya dengan perjuangan di gelanggang laga lembu. Kedua-duanya memerlukan peran-cangan rapi, muslihat dan taktik untuk menjadi juara tetapi pada masa sama amat berisiko dan kemungkinan akan terkorban.
Dalam gelanggang politik dan laga lembu, penulis mengingatkan penceburnya boleh pada bila-bila masa kecewa dan kecundang serta gagal. Maka, jika dikaitkan dalam realiti kancah politik negara yang berteraskan pilihan raya, memang tiada istilah naib juara. Jika menjadi naib juara, ia bermakna tewas. Begitu juga halnya dengan Umno dan Barisan Nasional (BN). Sebagai parti yang lebih 50 tahun meneraju negara, mereka dilihat berjaya mencapai matlamat untuk menjadi juara dalam isu dan kepentingan membabitkan rakyat. Momentum yang dicapai Umno dan BN itu perlu diakui dan dibanggakan kerana selama tempoh itu, pelbagai kejayaan, kecemerlangan dan keajaiban berjaya dihasilkan, berkat perancangan dan strategi yang berkesan. Namun keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008 dan petunjuk luar dugaan manakala 10 pilihan raya kecil setahun selepas itu seperti mengganggu perancangan Umno dan BN meneruskan kesinambungan kejuaraan mereka. Kedudukan mereka sebagai parti, pertubuhan atau kerajaan yang menjadi juara kepada isu rakyat yang selama ini tidak goyah, mula tercabar.
Ia disebabkan kemunculan Pakatan Pembangkang – pakatan antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sehingga kini masih gagal didaftarkan secara sah tetapi 'sibuk' berkokok mendakwa merekalah pejuang kepentingan rakyat yang sebenar. "Mereka mengeksploitasi perkataan 'rakyat' untuk memenangi hati rakyat sehingga rakyat terpengaruh dengan dakyah dan pendekatan mereka," kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan. Justeru katanya, pelancaran Program Juara Rakyat di Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor, oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini diharap dapat mengembalikan kesedaran rakyat terhadap usaha dan komitmen Umno serta BN memajukan rakyat sejak sebelum merdeka sehingga kini. Program tiga hari yang akan dirasmikan Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN itu bukan saja untuk menyaingi strategi pembangkang malah juga memantapkan lagi pendekatan, perancangan dan strategi bagaimana untuk menjadi juara rakyat yang sebenar pada zaman ini.
Program Juara Rakyat adalah program yang merujuk kepada hasrat Umno untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat. Ia juga bertujuan meletakkan Umno terus berada nombor satu di hati rakyat dengan rakyat juga sentiasa berada di tempat utama dalam perjuangan parti. Yang penting katanya, program itu bukan untuk bermegah atau menyombong apabila menyebut juara, tetapi menjelaskan kepada rakyat mengenai dasar dan matlamat perjuangan Umno untuk agama, bangsa dan negara, malah menangkis tohmahan Pakatan Rakyat yang mendakwa lebih berhak menjadi juara rakyat. "Istilah rakyat bukan ekkslusif kepada mana-mana parti termasuk pembangkang. Pembangkang mengeksploitasinya dan digunakan sebagai landasan untuk memenangi hati rakyat. Mereka sebenarnya hanya meniru apa yang sudah, sedang dan akan dilakukan Umno dan BN untuk membantu rakyat. Setiap aspek yang mereka bangkitkan sebenarnya sudah lama Umno dan BN menjadi juaranya. "Kita yang ke depan dan bersama rakyat, pembangkang hanya meniru dan mengambil alih. Mereka menumpang tuah kejayaan yang kita bina dan sediakan. Rakyat sedar perkara ini tetapi kita juga harus bekerja dengan gigih lagi supaya lebih menjadi juara rakyat," kata Ahmad lagi. Menerusi program itu, Umno dan BN mahu mengingatkan setiap pemimpinnya bahawa dalam persaingan politik berasaskan pilihan raya, tiada istilah naib juara. Mereka yang menjadi naib juara sebenarnya tewas dalam pilihan raya walaupun hanya dengan satu undi. Konsep itu perlu disedari pemimpin Umno kerana dalam politik pilihan raya, mereka mesti menjadi juara. "Oleh itu kita ingin menegaskan kepada pimpinan Umno apakah sifat juara. Kita kena ada di hadapan kalau ada berlaku apa situasi kepada rakyat. Dalam politik, kita perlu bersaing dan penentu pertarungan itu adalah rakyat. Oleh itu rakyat yang perlu kita juarai," katanya. Untuk memastikan objektif program ini mencapai matlamatnya, semua jentera penerangan Umno diarah memberi penjelasan kepada rakyat bahawa Umno yang sebenarnya juara rakyat kerana semua program parti adalah untuk rakyat sama ada politik, ekonomi atau sosial. Bagi memantapkan jentera penerangan Umno bahagian, semua Umno bahagian diarah melantik dua pelengkap tugas Ketua Penerangan Umno bahagian, masing-masing penceramah tetap dan ketua siber. Penceramah tetap tugasnya memberi ceramah manakala ketua siber bertugas menyediakan laman web dan blog untuk Umno bahagian. Bagi memastikan Umno bahagian menjalankan program itu, setiap Ahli Majlis Tertinggi (MT) akan diminta mengambil lima bahagian menjadi anak angkat. Yang penting kata Ahmad, Umno bahagian perlu menganjurkan program itu sekurang-kurangnya satu setiap bulan mengikut tema yang ditetapkan. Tema program itu pada bulan ini adalah pendidikan. Soalnya kini, bersediakah pemimpin Umno pada semua peringkat termasuk sayap parti dan parti komponen melaksanakan program itu untuk menjadikan Umno dan BN sebagai parti yang menjuarai rakyat.

Semua ahli MT Umno wajib jaga lima 'kawasan angkat'


BUKIT BERUNTUNG: Setiap ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dipertanggungjawabkan menjaga lima bahagian sebagai 'kawasan angkat' di negeri berasingan, termasuk satu kawasan yang dikuasai pembangkang selepas pilihan raya umum lalu. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata prestasi setiap ahli MT dalam melaksanakan program yang memanfaatkan masyarakat akar umbi akan dipantau demi memastikan kejayaan pendekatan menye-luruh Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi meraih sokongan rakyat. "BN menerima hakikat bahawa rakyat mahukan kita berubah dan kita sedia maklum dengan teguran mereka yang diterjemahkan dalam pilihan raya umum lalu. Kita perlu ambil iktibar daripada isyarat ini.
"Setiap anggota MT perlu mengutamakan kawasan 'panas' yang terlepas ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU ke-13) tanpa mengabaikan keperluan empat lagi bahagian angkat di bawah penjagaan mereka. "Program Juara Rakyat yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu hanya sebahagian daripada usaha kita meraih keyakinan rakyat," katanya pada sidang media di tapak ekspo Program Juara Rakyat di Bandar Bukit Sentosa, di sini semalam. Jelas Ahmad, program bulanan bagi memantau permasalahan rakyat peringkat akar umbi itu akan diadakan di 191 bahagian di seluruh negara dengan tema yang berlainan.
Beliau menyifatkan kejayaan program tiga hari di Bandar Bukit Sentosa, yang dihadiri hampir 100,000 orang itu memberi isyarat jelas bahawa rakyat memerlukan perhatian sepenuhnya dan membuktikan usaha yang diambil Umno berada di landasan yang sepatutnya. Katanya, program itu akan diteruskan di Pahang dengan tema pendidikan, Kelantan (kebajikan), Kuala Lumpur (agensi kerajaan); Pulau Pinang (pertubuhan bukan kerajaan (NGO dan swasta), Perak (Wanita dan Keluarga) dan tema belia dan sukan di Terengganu. Program di Johor pula memberi keutamaan terhadap ekonomi dan keusahawanan, Kedah (ibadat dan kerohanian), Sabah (1Malaysia: Perpaduan dan Kebudayaan), Selangor (Pertanian) dan aspek kesihatan serta keselamatan menjadi tumpuan di Negeri Sembilan. Tema kerjaya dan kemahiran menjadi pilihan di Melaka manakala program penutup tirai pada akhir tahun ini di Perlis bertemakan sejarah Umno dan BN.

MT wajib miliki 5 bahagian angkat

HULU SELANGOR 10 Jan. – UMNO menunjukkan keikhlasannya untuk menjadi juara rakyat apabila semua ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu diwajibkan mempunyai lima bahagian angkat dari lima buah negeri yang berlainan bagi memastikan program UMNO Juara Rakyat mencapai objektif seperti yang diharapkan.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, satu daripada lima bahagian angkat bagi setiap seorang MT, merupakan bahagian di negeri yang dipimpin oleh pembangkang.
“Pendekatan ini menunjukkan UMNO benar-benar serius dan agresif untuk menawan semula semua kawasan yang kita kalah.
Pada masa yang sama kita juga ingin memastikan rakyat yang selama ini menyokong UMNO juga tidak terpinggir,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan program UMNO Juara Rakyat, di sini hari ini.
Majlis penutup tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
Menurut Ahmad, mekanisme pembahagian bahagian angkat tersebut akan diputuskan kemudian dan ia selaras dengan konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
“Kita sudah tidak mempunyai banyak masa. Mulai hari ini, program UMNO Juara Rakyat akan menjadi medium bagi rakyat menilai kerajaan,” ujarnya.
Sehubungan itu, katanya, mulai esok program berkenaan akan diteruskan ke semua 191 bahagian UMNO dengan mengekalkan konsep yang telah dipersetujui di peringkat UMNO Pusat.
Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya menyifatkan program tersebut berjaya apabila mencatatkan lebih 50,000 pengunjung.
Katanya, selain sambutan daripada masyarakat, lebih penting program berkenaan terbukti berjaya apabila masalah penghuni Pangsapuri Sri Anggerik yang berlarutan sejak lapan tahun lalu dapat diselesaikan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan peruntukan RM15.6 juta.
“Komitmen ini menunjukkan keprihatinan UMNO dalam menyelesaikan soal kebajikan, kemiskinan dan masalah infrastruktur. Apatah lagi selepas ini ia akan diteruskan pada setiap bulan,” katanya.

Polis, pegawai KDN serah MyKad

HULU SELANGOR 10 Jan. – Polis dan pegawai di Kementerian Dalam Negeri akan digerakkan ke kawasan pedalaman untuk menyerahkan 434,000 MyKad yang masih belum dituntut di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada pemiliknya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu bagi memastikan semua rakyat negara ini terutama yang tinggal jauh dari pejabat JPN memperoleh dokumen pengenalan diri masing-masing.
“Kerajaan mengutamakan rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia. Kita akan pastikan MyKad yang belum dituntut sampai ke tangan pemiliknya.
“Jadi, tidak perlu bimbang MyKad tidak sampai ke tangan pemiliknya. Kita mempunyai cara untuk memastikan MyKad itu sampai kepada pemiliknya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Motivasi Pendidikan sempena Program Juara Rakyat di Tapak Ekspo Bandar Bukit Sentosa di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Penyelaras Program Juara Rakyat, Datuk Ahmad Maslan.
Program Juara Rakyat yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik di samping pameran dan jualan melibatkan 125 gerai.
Jumaat lalu, Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri, Datuk Lau Yeng Peng berkata, sebanyak 434,000 penduduk di seluruh negara masih belum menuntut MyKad masing-masing di JPN sehingga hari ini.
Menurutnya, ia mungkin berpunca dari beberapa faktor seperti lokasi rumah yang jauh dari pejabat JPN terutama bagi penduduk di Sabah dan Sarawak.
Selain itu katanya, mungkin terdapat pemohon yang masih tidak mengetahui MyKad mereka sudah siap diproses kerana tidak menyemaknya di JPN.
Hishammuddin menjelaskan, tanggungjawab memastikan semua warga tempatan memiliki MyKad merupakan sebahagian daripada empat Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menteri di kementerian berkenaan.
Menurutnya, empat KPI itu meliputi aspek kenegaraan, permit memasuki negara, kelewatan sijil kelahiran dan pindaan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Juara Rakyat bantu semua kaum

HULU SELANGOR 9 Jan. – Pengisian Program Juara Rakyat yang dilancarkan hari ini tidak terhad kepada usaha membantu orang Melayu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kata Perdana Menteri, walaupun ia inisiatif UMNO, Program Juara Rakyat dirangka dengan semangat memperjuangkan nasib kaum-kaum lain selaras dengan gagasan 1Malaysia.
Sebagai sokongan kepada UMNO, beliau menyarankan parti komponen Barisan Nasional (BN) mendokong tema yang sama dalam program anjuran mereka.
“Malah lagu juara rakyat yang kita perdengarkan buat pertama kali tadi turut menggunakan bahasa lain (Mandarin, Tamil, Inggeris, Iban dan Kadazan) untuk menggambarkan walaupun UMNO mempelopori konsep ini ia tetap memperjuangkan kepentingan semua kaum.
“Jadi apabila membuka pusat khidmat atau membuat program, kita mahu ia bercorak penyertaan semua kaum,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Juara Rakyat di Tapak Ekspo Bandar Bukit Sentosa yang dihadiri oleh kira-kira 20,000 rakyat jelata di sini hari ini.
Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Pengerusi Pelaksana Program Juara Rakyat, Datuk Ahmad Maslan serta barisan kepimpinan tertinggi UMNO dan BN.
Program Juara Rakyat yang berlangsung tiga hari bermula semalam itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik di samping pameran dan jualan melibatkan 125 gerai.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, semua 191 bahagian UMNO di seluruh negara diwajibkan menganjur satu Program Juara Rakyat pada setiap bulan berdasarkan 12 bidang yang digariskan.
Jelasnya, antara bidang itu ialah pendidikan, kebajikan, wanita, keluarga, belia, pertanian, pekerjaan, kesihatan dan kerohanian.
Beliau berkata, pelaksanaan program itu akan dipantau dan mana-mana bahagian yang gagal memenuhi kuota akan ditegur oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang dilantik mengawasi bahagian berkaitan.
Katanya, dengan cara itu UMNO dapat mengaktifkan jentera parti supaya lebih dekat dengan rakyat dan seterusnya memenuhi peranan UMNO dan BN sebagai pendokong cita-cita rakyat.
“Kita mahu pemimpin UMNO peka kepada permasalahan rakyat dan sanggup mengambil tindakan menyelesaikan masalah mereka.
“Ini bukan bererti semua masalah boleh diselesaikan dalam sekelip mata tetapi lebih penting ialah soal keprihatinan kita terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat,” katanya.
Mengenai kempen memburuk-burukkan UMNO yang mahu dilancarkan Pas, Perdana Menteri berkata ia terpulang kepada parti Islam itu jika mahu berkempen secara negatif.
Katanya, UMNO juga boleh berkempen secara negatif terhadap Pas namun ia tidak dilakukan bagi mengelakkan rekod perkhidmatan UMNO yang baik sebelum ini terjejas.

RM15.6 juta baiki flat Bandar Bukit Sentosa, Bukit Beruntung

HULU SELANGOR 9 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan tradisi 'rakyat didahulukan' untuk mengatasi segera masalah rakyat apabila mengumumkan peruntukan sebanyak RM15.6 juta bagi membaiki kerosakan flat di sekitar Bandar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.
Lebih bermakna, peruntukan untuk manfaat 52 blok yang menempatkan 5,000 unit flat itu diumumkan oleh Perdana Menteri pada majlis pelancaran Program Juara Rakyat.
Pengumuman itu sekali gus menterjemahkan kesungguhan UMNO untuk menjuarai isu-isu kebajikan rakyat jelata.
Beliau sebelum itu meninjau kerosakan di flat tersebut khususnya pada bahagian bumbung dengan menggunakan teropong dari sebuah bukit berdekatan.
"Apabila saya teropong saya rasa amat sedih kerana daripada 5,000 flat yang terlibat ini, kebanyakan penghuninya sudah berpindah.
"Saya tengok flat yang cukup buruk, macam flat berhantu, macam tak ada orang sebab bumbungnya sudah rosak," katanya sewaktu melancarkan program itu di Tapak Ekspo Bandar Bukit Sentosa, di sini hari ini.
Kira-kira 20,000 hadir pada majlis tersebut.
Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Pengerusi Pelaksana Program Juara Rakyat, Datuk Ahmad Maslan serta barisan kepimpinan tertinggi UMNO dan BN.
Perdana Menteri berkata, kebanyakan penghuni unit flat terbabit telah berpindah dan kini berdepan dengan beban kewangan kerana terpaksa membayar sewa rumah dan pada masa yang sama perlu membayar ansuran pinjaman flat tersebut.
Sehubungan itu, katanya, wakil penduduk mengemukakan rayuan supaya kerajaan menimbang peruntukan khas untuk memperbaiki kerosakan yang berlarutan sejak lapan tahun lalu.
"Jadi saya nak beritahu sejajar dengan prinsip rakyat didahulukan maka saya dengan ini mengisytiharkan peruntukan RM15.6 juta untuk membaik pulih flat terbabit," katanya.
Berita gembira daripada Perdana Menteri itu kemudiannya disambut dengan laungan Juara Rakyat oleh kira-kira 20,000 rakyat jelata yang membanjiri tapak pelancaran program tersebut.
Sementara itu pada sidang akhbarnya, Perdana Menteri menjelaskan pelaksanaan projek tersebut akan dipantau oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).
"Selepas ini ICU akan ambil tindakan untuk memanggil tender dan menyelesaikannya," kata beliau.

Petani beli alatan pertanian separuh harga

PONTIAN 7 Jan. - Ahli-ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Tengah di sini gembira dengan pelaksanaan program geran padanan (matching grant) kerana ia membantu mereka mendapat peralatan pertanian dengan separuh harga.
Program yang mula diperkenalkan tahun ini adalah hasil usaha Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) bagi meningkatkan pengeluaran makanan negara.
Utusan Malaysia sempat menemui beberapa petani yang menerima sijil pembelian peralatan kecil pertanian yang disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan, di Ayer Baloi, di sini, baru-baru ini.
Seorang petani, Suparman Manan, 62, dari Kampung Parit Panjang berkata, beliau membeli seunit penyembur yang dikenali Power Sprayer bagi memudahkan kerja meracun di kebun kelapa sawit miliknya yang berkeluasan empat hektar.
Katanya, harga yang ditawarkan bagi membeli peralatan tersebut ialah RM750 berbanding harga asal sebanyak RM1,500 dan ini banyak membantu golongan petani sepertinya.
Menurut beliau, dengan adanya peralatan tersebut akan melancarkan lagi kerja-kerja penyemburan racun bagi memastikan kebersihan ladangnya.
"Ini penting bagi memberikan pengeluaran hasil yang memuaskan di samping mutu buah kelapa sawit yang memenuhi kehendak pasaran pada sepanjang masa," ujarnya.
Suparman mengucapkan terima kasih kepada PPK Pontian Tengah kerana sentiasa menjaga kebajikan dan kepentingan ahli-ahli sekali gus memajukan taraf hidup mereka.
Bagi Mohd. Nor Ibrahim, 43, pula telah membeli sebuah mesin rumput yang akan digunakan di kebun kelapa sawit seluas 2.8 hektar bagi kerja-kerja memotong rumput dan sebagainya.
Menurutnya, di samping berkebun, beliau juga melibatkan diri dengan kegiatan menternak kambing dan lembu bagi menambahkan lagi pendapatan keluarga.
"Memandangkan harga kelapa sawit tidak menentu, hasil penjualan kambing dan lembu akan membantu memberikan pendapatan tambahan.
"Dengan kos sara hidup yang semakin bertambah, golongan petani dan peladang memerlukan pendapatan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan bagi menyara kehidupan," ujarnya.
Turut sama membeli peralatan pertanian melalui skim tersebut adalah Haron Dakyem, 50, dari Kampung Parit 2, Sanglang yang mengusahakan tanaman kontan di atas tanah seluas 1.6 hektar.
Katanya, antara tanaman yang diusaha kini ialah seperti ubi, keladi, pisang dan lain-lain yang kini mendapat pasaran menggalakkan sama ada oleh orang perseorangan atau menjualnya di pasar-pasar tani.
Menurut beliau, usaha pertanian masa kini memerlukan peralatan moden bagi mempercepatkan kerja-kerja di kebun agar pengeluaran hasil dapat ditingkatkan sepanjang masa.
"Saya bersyukur kerana kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada sektor pertanian dengan menyediakan pelbagai kemudahan bagi meningkatkan taraf hidup kami," jelas Haron.
Seorang lagi ahli PPK Pontian Tengah, Yusof Samingan, 55, berkata, sebagai petani yang menuju kearah permodenan, peralatan yang berteknologi tinggi amat diperlukan bagi melakukan tugas-tugas seharian.
Katanya, sebab itu beliau tidak melepaskan peluang yang ditawarkan melalui skim geran padanan ini kerana harga peralatan yang ditawarkan adalah sangat menarik.
Dalam masa katanya, ia juga dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja memandangkan golongan muda kurang berminat untuk melakukan kerja-kerja di kebun atau ladang.

Tingkat hasil tani Johor

PONTIAN 7 Jan. - Seiring dengan usaha meningkatkan lagi pengeluaran makanan negara, pelbagai pihak telah menyahut saranan kerajaan bagi mengurangkan penggantungan kepada makanan import.
Program pengeluaran tanaman makanan itu juga menyahut Dasar Pertanian Negara (DPN3) bagi menjana penghasilan bahan makanan untuk kegunaan pasaran domestik yang mula dilaksanakan sejak tahun 1997.
Antara agensi yang turut memainkan peranan itu adalah Pertubuhan Peladang Negeri Johor yang mengusahakan pelbagai aktiviti ekonomi seperti perladangan, kilang kelapa sawit, ladang nanas dan lain-lain.
Ketika ini terdapat 28 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negeri ini yang aktif menjalankan pelbagai kegiatan bagi faedah ahli mereka di kawasan masing-masing.
Salah satu PPK yang giat menjalankan aktiviti ialah PPK Pontian Tengah yang memberikan galakan kepada ahli-ahlinya menceburi aktiviti pertanian, ternakan dan sebagainya.
Bagi menarik minat serta memudahkan mereka menjalankan projek masing-masing, petani dan peladang telah ditawarkan pembelian peralatan jentera kecil pertanian di bawah Program Matching Grant.
Menurut Pengerusi PPK Pontian Tengah, Rahmat Manidi, di bawah program tersebut, mereka ditawarkan pembelian peralatan dan jentera kecil dengan separuh harga.
Katanya, bagi program yang pertama kali itu, seramai 56 orang petani telah diberi peluang membeli peralatan tersebut untuk memudahkan mereka menjalankan kerja-kerja di ladang masing-masing.
Tambahnya, ia termasuk jentera pembajak kecil, mesin pemotong rumput, alat penyembur racun dan jentera pemotong untuk makanan ternakan.
Katanya, semua peralatan yang ditawarkan itu merupakan aset penting bagi memudahkan petani, peladang dan penternak untuk mempercepatkan kerja-kerja seharian mereka.
"Secara keseluruhannya, kos pembelian peralatan pertanian tersebut hampir RM200,000 dan sekiranya dibeli dengan harga sebenarnya ia mungkin mencecah hampir setengah juta.
"Langkah itu merupakan rangsangan dan pemangkin kepada para petani yang menjalankan kegiatan seperti menanam nanas, sayur-sayuran, tanaman kontan, kelapa sawit selain ternakan," jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian peralatan pertanian dan jentera kecil yang dilakukan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan di Kompleks Pertanian Bersepadu, Ayer Baloi, di sini baru-baru ini.
Tambah Rahmat, pihaknya gembira kerana usaha yang dilakukan oleh Ahli Jemaah Lembaga Pengarah, PPK Pontian Tengah telah berjaya membantu para petani yang sering berhadapan dengan masalah untuk membeli peralatan pertanian.
"Program ini juga mendapat kerjasama daripada Lembaga Peladang Pertubuhan (LPP) dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) yang begitu prihatin dengan masalah tersebut.
"Ini memandangkan harga sebenar peralatan pertanian sedia ada yang mahal yang menyebabkan mereka tidak mampu untuk membelinya," jelasnya.
Kata Rahmat, pihaknya menyambut baik program geran padanan sejajar dengan langkah menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan dan tidak lagi dilakukan secara sambilan.
Kata beliau, PPK sentiasa memberikan galakan dan dorongan kepada ahli-ahlinya untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing melalui kegiatan pertanian yang diceburi.
Dalam masa yang sama, PPK juga menyediakan pelbagai kemudahan sokongan seperti khidmat pasaran, pusat-pusat pengumpulan dan timbang kelapa sawit serta pengangkutan.
Sehubungan itu, sejajar dengan gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, pihaknya akan memastikan keperluan dan kehendak para petani menjadi keutamaan sepanjang masa.
"Sekiranya mereka berjaya, tentunya sektor pertanian akan menjadi penyumbang kepada ekonomi negara selain menjadi satu kerjaya yang membawa pulangan menguntungkan," jelasnya.

New dimension to protect the people

BARISAN Nasional (BN) and a spirit known as champion are a combination which cannot be denied by anyone, History has proven this since the party, previously known as Parti Perikatan was elected to form the government when the country achieved its independence in 1957.
In terms of the country’s development and progress, BN champions .it through sacrifice and cooperation of UMNO, MCA, MIC as well as other component parties.
In efforts to enhance the standard of living of the people of various races, BN, through the component parties, has for long, been the champion. This statement is not to overly praise the BN, but to state that the spirit of a champion has been the basis of BN struggle, but then, the spirit is getting dimmer.
This happens, perhaps, because BN feels that the people will always remember its deeds and sacrifices without having to be close to the people.
What the BN forgets is that the people actually no longer hope for materialistic development only, especially when majority of them especially the young generation grow up in a comfortable environment.
Instead, the aspect of champion hoped by the people has now entered a new dimension which is emphasis towards aspect of transparency and integrity. Most important how far can the government understand the true problem in the daily life of the grassroots peoples.
Among the people too, they are not able to see the contribution made by UMNO or the component parties in the BN instead regard it as being implimanted by government officers in certain districts.
Undeniably, the district officers represent the government which is the BN but, these government officers do not contest in general elections. Those who contest are BN candidates. Unfortunately, there are not seen except during elections only.
Therefore, how BN can afford to become a champion in the eyes and hearts of the people? Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is among leaders who realise the new dimension of a champion when he takes over the helm of the countries administration.
He went down to the ground and met the people in Petaling Street, Pantai Dalam and Brickfields apart from surveying the public transport system by taking the light rail transit ( LRT ) and visit the Puduraya bus station.
His concern does not end there. The struggle to become a champion among the people is enliven in the basis of BN struggle. Who can forget the roar of champion by Najib when speaking at the winding up of the UMNO general assembly 2009 at the Putra World Trade Centre recently.
What was mentioned by Najib is not retorhetoric or empty words to solely fish for the people’s attention.
Instead, it conveys a clear message to UMNO’s members to become champions of the people. A similar message was passed to other BN party component that no one escapes BN’s attention.
This Saturday, BN’s seriousness to place itself as a champion in the people’s hearts will be realised when Najib opens the People’s Champion Programme at Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, Selangor.
Elaborating on the programme UMNO Information Chief Datuk Ahmad Maslan said it served as a platform for BN leaders to go down to the ground and meet the people.
In other words, this programme aims to place UMNO and other BN components parties in the front line in facing the people’s problems.
He likened it to the to KBSMM (feast, delivery, illness, disaster and death) which should be given attention to the course that are very close to the people.
Soon, after the People’s Champion Programme is launched on Jan 9, all the 191 UMNO divisions will carry out the programme on a smaller scale for at least two days, to be filled with various programme according to the theme.
“To ensure all the people benefit from the programme, it will be carried out on rotation according to ballot box zones. It is also to ensure no leakage in voicing their problems directly to the BN leaders, “ he said.
If seen from the BN’s seriuosness to become a champion among the people through this programme, it is not too much to say that it can change the views of some people whom are prejudice with BN’s struggle in protectibg the people.

Dimensi baru bela rakyat

Barisan Nasional (BN) dan semangat bergelar juara adalah satu jalinan yang sememangnya tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Sejarah membuktikan hakikat ini sejak parti yang dahulunya dikenali Parti Perikatan dipilih membentuk kerajaan apabila negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Dari sudut pembinaan dan kemajuan negara seperti yang dikecapi hari ini misalnya, BN menjuarainya hasil pengorbanan dan permuafakatan UMNO, MCA, MIC serta parti komponen yang lain.
Lebih-lebih lagi dalam usaha meningkatkan taraf hidup penduduk yang berbilang bangsa, BN menerusi komponen parti itu juga sejak sekian lama sudah menjuarainya. Pernyataan ini bukan untuk menonjolkan rasa megah, bongkak atau meninggi diri pada BN.
Sebaliknya, ia sekadar makluman bahawa semangat sebagai juara itu sememangnya menjadi teras kepada perjuangan BN selama ini. Pun begitu, barangkali kerana berasa selesa dengan 'gelaran' sebagai sang juara, semangat itu pudar sedikit demi sedikit ketika generasi di dalam BN silih berganti.
Perkara ini berlaku mungkin disebabkan BN merasakan bahawa rakyat akan sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan BN selama ini tanpa perlu lagi rakyat didekati dalam erti kata sebenar.
Apa yang BN terlupa ialah rakyat sebenarnya tidak lagi mengharap kepada pembangunan materialistik semata-mata. Sementelah, sebahagian besar daripada mereka terutamanya generasi muda hari ini membesar dalam ruang kehidupan yang begitu selesa.
Sebaliknya, aspek 'juara' yang diharapkan rakyat kini memasuki dimensi baru iaitu penekanan terhadap aspek ketelusan dan integriti. Paling penting, sejauh mana kerajaan dapat menyelami permasalahan sebenar yang dihadapi dalam kehidupan seharian masyarakat bawahan.
Di kalangan rakyat juga, mereka tidak melihat sumbangan yang diterima selama ini disalurkan oleh UMNO atau parti komponen di dalam BN. Sebaliknya beranggapan ia dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan di daerah-daerah tertentu.
Tidak dinafikan pegawai daerah itu mewakili kerajaan yang terasnya adalah BN. Tetapi pegawai kerajaan ini tidak bertanding pada pilihan raya. Yang bertanding ialah calon-calon BN. Malangnya kelibat mereka tidak kelihatan melainkan ketika menjelangnya pilihan raya sahaja.
Justeru, bagaimana BN mampu menjadi juara di mata dan hati rakyat? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara pemimpin yang menyedari dimensi baru 'juara' ini apabila mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Beliau turun padang dan bertemu dengan penduduk di Petaling Street, Pantai Dalam dan Brickfields selain meninjau sistem pengangkutan awam dengan menaiki transit aliran ringan (LRT) dan melawat stesen bas Puduraya.
Ternyata keprihatinan beliau tidak terhenti setakat itu. Perjuangan untuk menjadi juara di kalangan rakyat kembali disemarakkan dalam teras perjuangan BN. Siapa yang boleh melupakan gema laungan 'juara' yang beberapa kali diulangi oleh Najib ketika berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini.
Apa yang disebutkan oleh Najib itu bukanlah retorik atau kata-kata kosong yang sekadar memancing perhatian rakyat semata-mata. Ia sebaliknya menyebar mesej yang cukup jelas kepada ahli UMNO untuk segera menjadi juara di kalangan rakyat.
Mesej yang serupa juga disampaikan kepada parti komponen BN yang lain dengan matlamat tidak ada sekumpulan kecil rakyat sekali pun yang terkecuali daripada perhatian BN.
Sabtu ini, kesungguhan BN untuk meletakkan diri sebagai juara di hati rakyat akan direalisasikan apabila Program Juara Rakyat dilancarkan secara rasmi. Bertempat di Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, Selangor, pelancarannya akan disempurnakan sendiri oleh Najib.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai Program Juara Rakyat itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia merupakan platform kepada pemimpin BN untuk turun padang dan bertemu secara langsung dengan rakyat.
Dalam erti kata yang lain, program ini bertujuan meletakkan UMNO dan parti komponen BN yang lainnya di barisan hadapan dalam mendepani apa jua masalah rakyat.
Beliau menarik perhatian mengenai apa yang disebut sebagai KBSMM (kenduri, bersalin, sakit, malapetaka dan mati) yang mungkin diambil mudah oleh pemimpin. Sedangkan katanya, KBSMM itu adalah perkara yang perlu diberi keutamaan kerana ia sangat dekat dengan hati rakyat.
KBSMM tambah beliau, tidak seperti acara rasmi yang memerlukan protokol tertentu sehingga boleh menjarakkan rakyat dengan pemimpin. Ini secara tidak langsung dapat mengikis tanggapan bahawa UMNO atau parti komponen BN yang lain selama ini bersifat elitis.
''Dalam masa yang sama ia juga mendokong semangat gagasan 1Malaysia yang turut memberi tumpuan kepada agenda 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'," katanya.
Sebaik Program Juara Rakyat itu dilancarkan pada 9 Januari ini, kesemua 191 bahagian UMNO akan menjayakannya di peringkat bahagian masing-masing pada skala yang kecil iaitu sekurang-kurangnya selama dua hari satu malam.
Tempoh itu akan diisi dengan pelbagai program berbentuk hebahan dan aktiviti yang bersesuaian mengikut tema yang ditetapkan setiap bulan. Selain UMNO yang merupakan teras program ini, penganjurannya juga akan mendapat kerjasama daripada parti komponen lain atas semangat 1Malaysia.
"Bagi memastikan seluruh rakyat mendapat manfaat daripada program itu pula, ia akan diadakan secara bergilir mengikut zon peti undi. Ini juga bagi memastikan tiada yang tercicir dalam menyuarakan masalah mereka secara terus kepada pemimpin-pemimpin BN," kata beliau.
Jika dilihat daripada kesungguhan BN untuk menjadi juara di kalangan rakyat menerusi program ini, tidak keterlaluan jika dikatakan ia boleh merubah pandangan segelintir rakyat yang begitu prejudis dengan perjuangan BN membela nasib rakyat.

05 January, 2010

Najib Lancar Program UMNO Juara Rakyat Sabtu Depan

HULU SELANGOR, 2 Jan (Bernama) -- Program Umno Juara Rakyat peringkat kebangsaan akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti di Bandar Bukit Sentosa di sini pada Sabtu depan.Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata program itu membawa maksud parti itu menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan membangunkan rakyat dan sentiasa di barisan hadapan membela dan menyelesaikan masalah rakyat."Program terbesar Umno itu pada tahun ini juga bermakna Umno berusaha menjadi nombor satu di dalam hati dan minda rakyat dan rakyat menjadi nombor satu dalam perjuangan Umno, kalau ada masalah apa-apa Umno yang datang dulu turun padang menyelesaikan masalah rakyat," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat program berkenaan di Pusat Komuniti Bukit Sentosa, Bandar Bukit Sentosa di sini, pada Sabtu.Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata Umno negeri akan melaksanakan program itu secara bergilir-gilir setiap bulan bermula di Selangor mengikut tema tertentu manakala semua 191 bahagian Umno di seluruh negara akan melaksanakan program Umno Juara Rakyat pada skala lebih kecil selama dua hari satu malam pada setiap minggu."Antara perkara yang kita tumpukan dalam program ini ialah mengenai pendidikan, kebajikan, petani, penternak, nelayan, badan bukan kerajaan, swasta, ekonomi, kerohanian, perpaduan, kebudayaan, kesihatan, keselamatan, kerjaya, kemahiran, sejarah Umno dan juga Barisan Nasional (BN)," katanya.Beliau berkata pelancaran program berkenaan pada 8 hingga 10 Jan dijangka dihadiri kira-kira 20,000 orang yang terdiri daripada anggota Umno, parti komponen BN dan penduduk sekitar."Sebanyak 125 gerai pameran melibatkan 100 pengusaha swasta dan individu akan disediakan selain pelbagai aktiviti menarik lain seperti majlis Forum Perdana yang akan dirasmikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Jan."Selain itu ada juga pertandingan syarahan 1Malaysia, pertunjukan kebudayaan, pertandingan nasyid serta futsal, sesi bersama ikon rakyat dan banyak lagi...jadi saya menyeru semua dapat hadir memeriahkan majlis," katanya.Ditanya mengapa lokasi di kawasan Hulu Selangor dipilih untuk majlis perasmian program itu, Ahmad berkata ia adalah permintaan Perdana Menteri yang ingin turun padang bertemu masyarakat."Kita nak elakkan program Umno hanya bertumpu di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur) sahaja, kita nak anjakkan ke kawasan pedalaman kerana permintaan Datuk Seri Najib yang ingin turun padang," katanya.

04 January, 2010

Figos emerge National Felda/FAM Futsal champion

SHAH ALAM, Jan 3 - Felda will build 18 futsal courts at Felda settlements to encourage children of Felda settlers to take up the sport said deputy minister in the Prime Minister's Department Datuk Ahmad Maslan today.
“Since the cost of building open courts is very high, we (Felda) are trying to devise our own design to save cost. We are in the midst of doing the costing for building such courts that can run into hundreds of thousands,” Ahmad Maslan told reporters after giving out prizes to winners of the Felda/FAM National Futsal Championships at the Matsushita Stadium here today.
Ahmad Maslan who is in charge of Felda's affairs said Felda had already built 16 futsal courts at a cost of RM48 million in Felda settlements throughout the country.
He added that Felda had also built 16 Community Sports Complexes at various settlements, equipped with futsal court and multi-purpose hall.
Meanwhile, defending champion KL Figos FC retained the title in the men's category while Selangor beat defending champion Police to claim the women's title.
Figos, powered by eight national futsal players beat T-Team 5-3 in the final to capture the title and RM30,000 cash while Selangor beat Police 3-1 to take home a similar amount.
T-Team and Police received RM15,000 each respectively for finishing as runners-up in the championships that featured 16 teams in each category.
The championships, organised by the Football Association of Malaysia (FAM) and sponsored by Felda to a tune of RM6.5 million, was held for the third consecutive year.
— BERNAMA

KL Figos juara Liga Fustal Kebangsaan


SHAH ALAM - KL Figos FC berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Futsal Kebangsaan Felda / FAM 2009 kali kedua berturut-turut bagi kategori lelaki apabila berjaya membenam cabaran Terengganu T-Team pada perlawanan akhir di Stadium Matsushita, semalam.
Walaupun ditentang sengit, ternyata kehebatan Figos yang dibarisi oleh lapan pemain kebangsaan sukar digugat oleh T-Team apabila menang dengan keputusan 5-3.
Petanda kemenangan Figos kelihatan sejak awal permainan lagi apabila mudah mendahului T-Team 5-1 pada 20 minit separuh masa permainan.
Pemain Figos, Mohd. Fadzil Ab. Karim muncul wira pasukannya apabila menjaringkan hatrik, sementara satu gol lagi masing-masing dijaringkan oleh Mohd. Khairul Affendy Mohd. Bahrin.
Gol tunggal T-Team pada separuh masa pertama dijaringkan oleh Mohd. Hishamudin Manjur Aswadi.
Namun, semangat melawan T-Team mencemaskan Figo seketika, apabila berjaya bangkit memberikan tentangan sengit pada separuh masa kedua dengan memperoleh dua gol melalui Shamsul Aswadi dan sekali lagi oleh Mohd. Hishamudin.
Bagaimanapun, pengalaman serta ketenangan Figos yang berjaya menyerap segala tekanan, akhirnya menghampakan T-Team sehingga saat wisel penamat permainan.
Kejayaan itu memberikan Figos menggondol hadiah wang tunai RM30,000 bersama piala pusingan dan T-Team pula meraih RM15,000 selaku naib juara. Tempat ketiga milik Pulau Pinang yang mendapat RM5,000.
Bagi kategori wanita, Selangor mengejutkan juara bertahan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan keputusan 3-1 pada perlawanan akhir.
Jaringan Nora Abu Dardak, Shahila Mohd. Yunus dan Rebecca Jane Harding sudah cukup buat Selangor mengenepikan cabaran PDRM untuk membawa pulang wang tunai RM30,000, bersama piala pusingan.
Tempat ketiga pula menjadi milik KL Figos yang meraih RM5,000. Hadiah bagi kedua-dua kategori wanita disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bolasepak Pantai FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan Pengarah Besar FELDA, merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola Liga Futsal Kebangsaan FELDA / FAM 2009-2010, Datuk Dzulkifli Abd. Wahab.
Penganjuran kejohanan futsal oleh FELDA/ FAM merupakan kali ketiga semenjak tahun 2007.

'UMNO Juara Rakyat' dekati masyarakat


HULU SELANGOR 2 Jan. - Program 'UMNO Juara Rakyat' yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bukit Sentosa di sini minggu depan dijangka menarik kira-kira 20,000 pengunjung.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, program selama tiga hari dari 8 hingga 10 Januari itu menyediakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung.
Menurutnya, majlis pelancaran program itu oleh Perdana Menteri akan berlangsung pada 9 Januari ini.
"Ini merupakan program terbesar yang dilaksanakan oleh UMNO untuk mendekati serta membantu rakyat di kawasan pinggir bandar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat mengenai program itu di Dewan Komuniti Bukit Sentosa dekat sini hari ini.
Jelasnya, 125 gerai melibatkan 100 pengusaha swasta, organisasi dan individu akan dibuka sepanjang program itu.
Katanya, aktiviti yang disediakan sepanjang program itu adalah Forum Perdana, pertandingan syarahan 1Malaysia, pertunjukan kebudayaan masyarakat Cina dan India, pertandingan nasyid, futsal serta pertunjukan kebudayaan 1Malaysia.
Sebelum ini Najib berkata, program itu bakal membawa transformasi besar kepada UMNO dalam meneruskan tradisi sebagai parti yang benar-benar menjuarai kehidupan rakyat.
Menurut Perdana Menteri, agenda utama di bawah program yang akan digerakkan ke seluruh negara itu adalah untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah parti yang selama ini menjuarai hasrat mereka.
Program yang akan berlangsung sepanjang 2010 itu mempunyai tema berbeza setiap bulan bagi memudahkan UMNO di peringkat bahagian melaksanakannya.