PM saksi MoU program gedung makanan negara


KUALA LUMPUR, 28 Jan. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Felda dengan tujuh agensi berkaitan secara serentak di sini hari ini.
Kesemua adalah agensi yang menyokong Program Gedung Makanan Negara yang dicetuskan oleh Najib untuk dilaksanakan Felda.
Agensi tersebut ialah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk projek pemasaran produk pertanian, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) bersama-sama Jabatan Pertanian bagi projek penyelidikan dan pembangunan sektor pertanian.
Jabatan Perikanan untuk pembangunan projek ikan tilapia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk projek pengeluaran lembu pedaging, Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk projek penyelidikan rumpai laut dan Malaysia Agrifood Corporation Berhad (MAFC) untuk projek penanaman fertigasi tembikai madu.
Felda diwakili oleh pengarah besarnya Datuk Dzulkifli Abd. Wahab, UMS diwakili oleh Naib Canselornya Prof Datuk Dr. Kamaruzaman Ampon dan MAFC oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Azizi Meor Ngah.
Sementara FAMA, MARDI, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar diwakili oleh ketua pengarah masing-masing iaitu Datuk Mohamed Shariff Abd. Aziz, Datuk Dr. Abd. Shukor Abd. Rahman, Datuk Roseley Khalid, Datuk Junaidi Che Ayub dan Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd. Hashim Abdullah dan Pengerusi Felda Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor. - BERNAMA

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 8:59 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for PM saksi MoU program gedung makanan negara

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]