Kenyataan Akhbar saya tentang "FELDA Saman Suara Keadilan"




Kenyataan Akhbar saya tentang "FELDA Saman Suara Keadilan". Ramai pemberita & ketua2 Peneroka hadir: FELDA amat kesal atas segala fitnah yang berniat jahat dimuatkan dalam Suara Keadilan bertarikh 22-29 Jun 2010 dgn tajuk "FELDA BANKRAP".. FELDA yang dimulakan pada 1956 kira-kira 54 tahun yang lalu adalah usaha pembangunan tanah bersepadu yg paling berjaya dalam dunia.. FELDA berjaya mengeluarkan 225,270 peneroka & penerokawati bersama keluarga mereka di 317 buah rancangan di seluruh negara darpiada putaran ganas kemiskinan. Kini 1.6 juta generasi baru, anak dan cucu peneroka terus mendapat pembelaan oleh FELDA dengan pelbagai program dan bantuan pendidikan, kemahiran, keusahawanan, pekerjaan, perumahan, persatuan belia, sukan dan kerohanian. Tuduhan FELDA BANKRAP adalah keterlaluan. Walaupun tunai FELDA berkurang RM2.73B daripada RM4.08b tahun 2004 kepada RM1.35B tahun 2009 tetapi aset semasa dan tetap FELDA melonjak sebanyak RM6.2B daripada RM9.17B tahun 2004 kepada RM15.37B tahun 2009. Net Aset (aset - liabiliti) Felda kini amat amat baik iaitu RM12.2B. Perbelanjaan utama antara 2004-2009 untuk manfaat peneroka dan pembelian aset ialah sebagaimana di Lampiran. Tentunya ini tidak memberi gambaran FELDA bankrap. FELDA adalah antara pemilik ladang yg terbesar dlm dunia. FELDA juga memiliki 340ribu hektar ladang yang menghasilkan keuntungan bersih purata RM1.1B setahun selama 6thn yang lalu. FELDA mempunyai pelaburan di luar negara seperti di Indonesia, Afrika Selatan, Thailand, China, Turki, Amerika Syarikat, Kanada, Pakistan, Australia dan Arab Saudi. Atas kekesalan terhadap fitnah oleh pimpinan pembangkang yang dilapor dalam media maya dan Suara Keadilan, maka pada hari ini Jumaat 25 Jun 2010, FELDA memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang akan dinamakan. Penasihat Undang-undang dan peguam-peguam FELDA akan mengambil tindakan-tindakan yang perlu dalam masa terdekat ini. salam...

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 7:24 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

2 comments for Kenyataan Akhbar saya tentang "FELDA Saman Suara Keadilan"

  1. salam Dato.

    saya ada ulas isu ini di blog saya...

    harap dapat bersihkan nama Felda dari fitnah pembangkang.

    pembangkang ternyata cuba main api dengan isu Felda ini.

    sokongan padu untuk saman mereka....

  2. TERIMA KASIH .. SALAM PERJUANGAN TANPA NOKHTAH..

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]