FELDA sedia peruntukan RM15.77 juta sempena Ramadan

KUALA LUMPUR: FELDA memperuntukkan RM15.77 juta untuk pelbagai aktiviti sempena Ramadan dengan jumlah terbesar sebanyak RM12.3 juta bagi membaik pulih infrastruktur di 246 sekolah agama di tanah rancangan itu di seluruh negara.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata peruntukan itu diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang bertanggungjawab mengenai FELDA.
"Ini termasuk peruntukan sebanyak RM2.6 juta untuk 260 masjid dengan masing-masing menerima RM10,000 bagi menjalankan program sempena Ramadan," katanya semasa melancarkan program Pra Ramadan FELDA di sini, hari ini.Tahun lalu, setiap masjid hanya diperuntukkan RM3,000 untuk program sempena Ramadan.

Di bawah peruntukan itu, sebanyak RM540,000 dikhaskan untuk 54 kawasan Parlimen yang terletak di kawasan FELDA mengadakan program Ihya Ramadan dan RM330,000 pula untuk program kerohanian dan kemasyarakatan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, program gotong-royong dan majlis meraikan bakal haji warga FELDA di setiap wilayah.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan peruntukan RM2.6 juta kepada wakil masjid dari setiap wilayah FELDA.

Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM12.3 juta kepada 246 sekolah agama akan disampaikan sendiri oleh Najib kepada wakil sekolah agama tersebut di FELDA Air Tawar 2, Kota Tinggi Johor pada 14 Ogos ini. - BERNAMA

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 4:31 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for FELDA sedia peruntukan RM15.77 juta sempena Ramadan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]