Ahmad Maslan turun padang untuk bawa perubahan

KUALA KRAI Jun - Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan turun padang baru-baru ini untuk menyelami sendiri denyut nadi rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, sejajar dengan kehendak Perdana Menteri dan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan ahli politik berkhidmat demi kepentingan rakyat.
Ketika berada di DUN Manek Urai, Ahmad menyertai penduduk setempat bergotong-royong membersihkan jalan dan kawasan perkuburan selain turut serta menoreh getah, iaitu punca rezeki 70 peratus penduduk di kawasan itu.
"Kaedah rapat dengan rakyat serta cuba menyelesaikan masalah mereka ini tentunya akan dinilai dengan baik ketika hari mengundi nanti," kata Ahmad dalam satu kenyataan kepada Bernama.
Ahmad berkata, walaupun jika Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai nanti, ia tidak akan membawa sebarang perubahan kepada kerajaan negeri Kelantan yang masih diterajui Pas.
"Bagaimanapun, kemenangan BN bakal membawa perubahan kepada rakyat Manek Urai yang pastinya akan dijadikan seumpama anak emas atau seumpama DUN angkat kerajaan Persekutuan yang diterajui BN. Pastinya tumpuan seluruh pimpinan BN akan berpusat di Manek Urai jika BN menang di situ.
"Saya yakin pengundi Manek Urai akan memilih dengan penuh bijaksana walaupun di kalangan penyokong Pas atau atas pagar, apabila menyedari hakikat bahawa selama ini segala pembangunan yang ada merupakan jasa bakti serta khidmat budi kerajaan yang bertanggungjawab," katanya.
Pembangunan itu, katanya, dilaksanakan oleh pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan termasuk Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Felcra, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Risda, Mara dan Jabatan Pertanian.
Ketika berada di Kampung Budi awal minggu lepas, Ahmad bersama-sama 120 penduduk kampung, termasuk penyokong Pas dan UMNO, mengadakan program gotong-royong membersihkan jalan dan kawasan perkuburan.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:40 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Ahmad Maslan turun padang untuk bawa perubahan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]