BN dicadang bertanding di Manik Urai

ALOR SETAR 22 Mei - Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan secara peribadi akan mencadangkan kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob hari ini.
Katanya, beliau akan mencadangkan demikian kerana kerusi DUN berkenaan kosong atas faktor kematian dan bukan atas alasan yang direka.
"Walaupun itu kawasan Pas, saya secara peribadi akan cadangkan supaya BN bertanding, tetapi kata putus adalah di tangan Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya di sini hari ini.
Ismail 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu kira-kira pukul 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung.
Beliau dimasukkan ke hospital tersebut untuk menerima rawatan sejak bulan lepas. - Utusan

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:08 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for BN dicadang bertanding di Manik Urai

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]