Pengundi akan buat pilihan bijak

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai akan membuat pilihan yang bijak untuk menentukan peneraju bagi kawasan berkenaan pada 14 Julai ini.
Beliau berkata, keyakinannya itu lebih tertumpu kepada pengundi yang terdiri daripada penyokong Pas atau yang berada di atas pagar.
Katanya, pengundi kini telah faham dan menyedari hakikat bahawa pembangunan yang ada di kawasan itu merupakan jasa bakti serta khidmat budi kerajaan yang bertanggungjawab.
''Oleh itu saya yakin bahawa pengundi Manek Urai akan membuat pilihan dengan bijaksana,'' katanya dalam kenyataan di sini.
Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana pelbagai komplikasi.
Ismail menyandang kerusi tersebut sejak tahun 1986 kecuali pada tahun 2004 apabila beliau tidak dipilih sebagai calon.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi kerusi DUN Manek Urai itu, ia tidak akan membawa sebarang perubahan kepada kerajaan negeri Kelantan sebaliknya membawa perubahan kepada rakyatnya.
Jelasnya, beliau yakin dan pasti DUN Manek Urai selepas ini akan dijadikan umpama anak emas atau seperti DUN angkat Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh BN.
''Dan yang pastinya ialah pimpinan BN akan lebih tertumpu dan berpusat di DUN berkenaan sekiranya BN menang di situ,'' jelas beliau.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:37 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Pengundi akan buat pilihan bijak

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]