PENSTRUKTURAN SEMULA JAWATANKUASA PELABURAN ASING (FIC)


Penstrukturan semula Jawatankuasa Pelaburan Asing FIC yang diumum oleh Perdana Menteri hari ini adalah langkah bijak dan berani kerajaan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi, menjana pelaburan dan meningkatkan penyertaan bumiputera secara lebih mapan. Apabila ekuiti bumiputera tidak bertambah dalam jangkamasa yang lama hanya sekitar 19%, antara faktor yang dikenalpasti perlu dikaji dan ditambahbaik ialah FIC.. Selama ini ia menjadikan pegangan ekuiti tidak efektif dan usahawan bumiputera yang terlibat, tidak aktif (sleeping partners)..
Penubuhan Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS) mampu untuk membantu membangun usahawan Bumiputera.. Pada ketika yang sama, dengan "deregulation" ini, objektif 30% penyertaan Bumiputera diperingkat makro masih kekal.. adalah diharapkan agar kerajaan dapat mencapai hasrat pegangan 30% atau lebih dalam masa yang tidak terlalu lama dengan adanya penstrukturan semula FIC yang di umumkan.. Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang membuat pemantauan pula diharapkan agar sentiasa pastikan bahawa penstrukturan yang dibuat adalah untuk kebaikan semua pihak, pelabur, usahawan bumiputera dan syarikat-syarikat bukan bumi.. Laporan dan pemantauan berkala perlu dibuat.. Jika didapati pelaksanaannya merugikan mana-mana pihak terutama bumiputera, maka tanpa teragak-agak FIC yang telah distruktur semula hari ini wajar sentiasa ditambah baik.. jangan kita mengambil masa yang terlalu lama untuk menukar sesuatu yang telah terbukti tidak menguntungkan semua pihak seperti syarat-syarat FIC sebelum ini..

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:57 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for PENSTRUKTURAN SEMULA JAWATANKUASA PELABURAN ASING (FIC)

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]