SOP Dirangka Sebagai KPI Jentera Penerangan Umno

Satu Piawaian Prosedur Operasi (SOP) akan dirangka sebagai garis panduan yang akan bertindak sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) jentera penerangan Umno, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.Bagaimanapun, beliau berkata SOP itu yang dijangka disiapkan dalam tempoh sebulan tidak akan terlalu tegas berikutan anggota parti itu menjalankan tugas secara sukarela.Sebelum ini tidak ada garis panduan khusus bagi jentera penerangan Umno terutama di peringkat cawangan kerana aktiviti penerangan lebih berpusat pada peringkat Bahagian, Negeri dan Ibu pejabat parti itu, katanya.Bercakap kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Ketua Penerangan Umno dengan pimpinan Umno Bahagian-Bahagian negeri Pahang di sini malam tadi, beliau berkata usaha mendekati rakyat itu akan dijalankan oleh lebih 60,000 anggota jentera penerangan Umno yang boleh menumpukan aktiviti di peringkat cawangan masing-masing."Kerja penerangan yang baik akhirnya menyebabkan rakyat menjadi ahli Umno serta menambah sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Beliau turut mencadangkan Umno agar memperbanyakkan cawangan di seluruh negara selaras dengan usaha parti untuk meramaikan anggota melalui kempen Keluargaku Ahli Umno sebelum ini.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:35 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for SOP Dirangka Sebagai KPI Jentera Penerangan Umno

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]