Kemenangan Tipis PAS Di Manik Urai Bukti Rakyat Kembali Sokong BN



KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Kemenangan tipis PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai di Kelantan Selasa membuktikan sokongan penyokong pembangkang telah mula kembali kepada Barisan Nasional (BN) dan rakyat mula menerima pendekatan yang diterapkan BN.Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata daripada segi majoriti, BN dapat mengurangkan majoriti PAS di DUN Manik Urai apabila ada sebilangan pengundi yang sebelum ini tidak menyokong BN, telah kembali menyokong BN."Saya secara peribadi tidak merasa kecewa kerana bukan kesemua peti undi kita (BN) kalah... ada juga yang kita menang. Bagaimanapun kita telah berusaha sedaya upaya," kata Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada Bernama.PAS mengekalkan kerusi DUN Manik Urai setelah calonnya Mohd Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi dalam pilihan raya kecil itu.Mohd Fauzi, 50, memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz, 39, mendapat 5,283 undi.Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata kemenangan tipis PAS di DUN Manik Urai menunjukkan rakyat mula menerima pendekatan yang diterapkan BN.Beliau berkata biar pun keputusan tidak memihak kepada BN, namun sokongan yang ditunjukkan oleh para pengundi di Manik Urai mencatatkan peningkatan yang amat memberangsangkan."PAS hanya menang tipis pada malam ini berbanding kemenangan mereka pada pilihan raya lalu iaitu dengan majoriti 1,352 undi. Biar pun nasib tidak menyebelahi BN kali ini, namun kita lihat penerimaan rakyat terhadap pendekatan yang dijalankan BN semakin meningkat, dan mereka mula menolak apa yang dibawa oleh PAS," katanya.Sementara itu, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas berkata kemenangan tipis itu membuktikan bahawa segala propaganda yang dibawa pembangkang itu sudah mula pudar di hati rakyat."Kita nampak sokongan rakyat terhadap BN meningkat dan saya pasti suatu hari nanti kita akan memperoleh kemenangan," katanya.Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika dihubungi Bernama menyifatkan kemenangan tersebut sebagai satu bentuk kesinambungan tanggungjawab terhadap masyarakat yang perlu ditunaikan.Sementara itu di Kuala Krai, PAS mendakwa BN mengamalkan politik wang sebagai punca parti itu hanya menang dengan majoriti tipis 65 undi pada pilihan raya kecil ini.Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan Datuk Husam Musa berkata dengan amalan itu PAS sepatutnya sudah tewas pada pilihan raya kecil itu.Husam berkata kemenangan itu membuktikan perjuangan PAS dan Islam masih berada di tempat teratas di kalangan rakyat Kelantan.Sementara itu Mohd Fauzi ketika ditanya pemberita selepas kemenangannya berjanji akan berkhidmat kepada semua penduduk Manik Urai tanpa mengira fahaman politik mereka."Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada semua pengundi Manik Urai di atas kemenangan ini," katanya.Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli pula berkata parti itu akan melakukan bedah siasat bagi mengenal pasti punca mengapa PAS tidak mendapat majoriti yang lebih tinggi.-- BERNAMA

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:58 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Kemenangan Tipis PAS Di Manik Urai Bukti Rakyat Kembali Sokong BN

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]