SUDAH TIBA MASANYA,, PERPADUAN..

Kerajaan perpaduan adalah cadangan PAS yang disambut baik dan terbuka oleh PM dan TPM.. Bila dibawa bincang dengan DAP dan PKR, tentulah mereka tidak setuju.. jadi baik dan afdhal sekali jika PAS bincang dengan UMNO/BN. Halangan utama utk PAS bincang dengan UMNO/BN ini ialah MB Kelantan.
Sekarang, rundingan terbuka sekali lagi apabila Dato' Nik Aziz setuju untuk berbaik antara kerajaan negeri dan Pusat. Alangkah bahagia dan bersyukur pecinta perpaduan terhadap berita ini.. jika ada sinar harapan perpaduan dan semangat berbaik antara 2 parti melayu yang terbesar ini, maka yang untung bukan hanya sesama bangsa melayu sahaja, tetapi rakyat malaysia secara keseluruhan.. percayalah bahawa tiada untungnya berpecah dan berba;lah pagi petang siang malam subuh dan senja.. disegenap penjuru negara ini..
Manek Urai adalah contoh orang melayu terbahagi dua, hampir sama antara UMNO dan PAS. Hentikan perpecahan yang merugikan ini..
Sesungguhnya persaingan kita bukan antara UMNO dan PAS, tetapiadalah antara MALAYSIA dengan seluruh negara-negara lain dalam dunia. Ketika keributan dan kegawatan ekonomi yang dahsyat, yang penting ialah rakyat, bukan kepentingan parti yg sempit.. tidak pernah perpaduan itu merugikan sebagaimana perppecahan itu menguntungkan.. SALAM PERJUANGAN..

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 6:26 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for SUDAH TIBA MASANYA,, PERPADUAN..

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]