'Khalid takut DAP, tidak hormat Pas'

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Jelas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim takut kepada DAP dan tidak menghormati Pas. Itu jawapan ringkas, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya mengenai kemelut terkini pakatan pembangkang di Selangor.
"Komen saya, jelas Khalid takutkan DAP dan tidak menghormati Pas," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin Pas Selangor mendesak kerajaan negeri agar segera menyerahkan portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Ronnie Liu kepada anggota Exco lain atau Menteri Besar berikutan beberapa masalah yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berkata, antara masalah yang ditimbulkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri itu ialah sering campur tangan tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) hingga menyukarkan penguatkuasaan dijalankan.
Bagaimanapun semalam, Abdul Khalid menolak mentah-mentah desakan Pas itu dengan menganggapnya sebagai bukan isu.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan terbaru Abdul Khalid tersebut tidak mengejutkan kerana sudah terbukti sebelum ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang tidak berani mempertahankan diri apabila ditekan oleh DAP.
Tegas beliau, walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Ketua pembangkang tetapi hakikatnya parti yang diterajuinya itu sudah menjadi 'pak turut' kepada DAP.
"Menteri Besar Selangor itu tidak berani sentuh Ronnie Liu sebab pemimpin DAP ada 'kekebalan' dan tidak boleh disentuh atau dikritik langsung.
"Tanpa minta pandangan dan penjelasan daripada Pas Selangor, Abdul Khalid terus 'selamatkan' Ronnie Liu.
"Di Pulau Pinang, Jeff Ooi boleh memanggil pemimpin PKR pelampau atau ekstremis tanpa sebarang tindakan. Mana maruah PKR," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan menyifatkan pakatan pembangkang sebagai pakatan rapuh kerana jelas mereka tidak sehaluan dan sependapat dalam banyak perkara.
Beliau sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa rakyat Selangor silap dalam memilih pakatan pembangkang sebagai kerajaan memerintah di negeri tersebut.
Bagaimanapun, katanya, rakyat Selangor masih belum terlambat untuk berubah dan bertukar semula kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
"Apabila Pas minta ditukar Exco, itu menandakan parti tersebut sudah tidak yakin dengan pimpinan yang ada. Menteri Besar yang tidak bersetuju pula tidak menghormati permintaan Pas.
"Oleh itu lebih baik Pas berbincang dengan UMNO dan BN daripada terus bersama dengan DAP dan PKR," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:35 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for 'Khalid takut DAP, tidak hormat Pas'

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]