Pemimpin, rakyat perlu sahut saranan PM

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Pemimpin dan rakyat di negara ini seharusnya menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membaik pulih jambatan dan meruntuhkan tembok pemisah yang wujud antara pelbagai kaum dengan membela serta membina negara tanpa batas kaum.
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan memberitahu, setiap kaum di negara ini merupakan aset dan bukan liabiliti.
''Dua pertiga daripada rakyat Malaysia adalah bumiputera dan satu pertiga lagi bukan bumiputera tetapi kita berada di bawah satu bumbung, marilah kita menghayati gagasan 1Malaysia yang berteraskan pada penerimaan Perlembagaan dan keadilan sosial,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Beliau memberitahu, Hari Kemerdekaan disambut dengan rasa yang berlainan oleh dua generasi dan mempunyai makna yang amat mendalam bagi generasi sebelum merdeka.
Katanya, kefahaman generasi sebelum merdeka amat jelas dan menghargai setiap kali ketibaan merdeka.
''Generasi selepas merdeka seperti ramai daripada kita, bayangan perit waktu dijajah hanya dibaca dalam buku sejarah, lahir negara sudah aman, kadang-kadang kita terlupa yang ia tidak terjadi dengan sendiri, perjuangan parti dan pemimpin-pemimpin UMNO sebagai peneraju kemerdekaan lantas diremehkan.
''Mari kita mengisi kemerdekaan ini dengan mencari keinsafan dalam sanubari bahawa ia datang untuk dihargai, dicari hikmah dan iktibar agar perjalanan hidup ini dipenuhi kesyukuran,'' katanya.
Sementara itu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, selepas negara mencapai kemerdekaan dalam tempoh yang agak lama iaitu selama 52 tahun, rakyat seharusnya jujur dan insaf untuk meruntuhkan tembok pemisah sesama kaum.
Jelas beliau, tembok pemisah tersebut yang berlaku dalam masyarakat Malaysia tidak sepatutnya semakin menebal hingga masing-masing terlalu mengutamakan kepentingan kaum sendiri.
''Pada masa sekarang, sepatutnya tidak ada lagi soal perkauman yang menebal dan tiada lagi pihak yang mementingkan sesuatu kaum sahaja.
''Bagi saya, sepatutnya tak ada lagi usaha memperjuangkan nasib sesuatu kaum menerusi media, yang penting bagaimana kita mahu melihat Malaysia berdepan cabaran pada masa akan datang," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 4:43 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Pemimpin, rakyat perlu sahut saranan PM

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]