“Saya dijadikan kambing hitam” - Rakan kongsi Rohaizat
5:04 AM
BUKIT MERTAJAM 20 Ogos - Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman, Yusri Isahak mendakwa beliau dijadikan “kambing hitam” berhubung isu pembatalan lesen peguam sivil calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir itu.
Yusri, 39, yang pernah menjadi rakan kongsi Rohaizat selama lima tahun dari tahun 1999 berkata urusan firma guaman mereka itu dilakukan dengan persetujuan Rohaizat.
“Saya tidak menafikan sebarang penyelewengan yang berlaku. Saya nak nyatakan segala perjalanan pejabat termasuk soal cek dan kemasukan fail dilakukan dengan perbincangan bersama rakan kongsi.
“Ertinya apa yang dilakukan rakan kongsi saya dan saya sepatutnya ditanggung kedua-dua belah pihak, bukan saya sahaja,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Aman di sini, hari ini.
Selasa lepas, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, Rohaizat tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 5:04 AM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0