UMNO perkenal SPSB cetus gelombang baru

PONTIAN 1 Ogos – Program Satu Penerangan Satu Bahagian (SPSB) yang dicadangkan oleh Biro Penerangan untuk mencetuskan anjakan dan gelombang baru kepada parti itu dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai akan bermula bulan ini.
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, surat kepada semua 191 bahagian UMNO bagi mengadakan program itu sekurang-kurangnya sebulan sekali akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
“Jika semua 191 bahagian UMNO dapat mengadakan program pada setiap bulan, tentunya kita dapat menangkis segala tohmahan dan dakyah pembangkang yang hanya tahu mencari salah kerajaan.
“Kita juga akan memberikan fakta dan maklumat yang tepat dalam pelbagai program yang telah dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN),’’ katanya selepas menghadiri ceramah umum bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Nor di Kampung Parit Betak, Benut di sini malam tadi.
Majlis anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian dengan kerjasama Biro Penerangan Pemuda UMNO Johor itu turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Fadil Muskon.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pihaknya akan melantik beberapa penceramah dalam kalangan ahli MT dan tokoh UMNO termasuk Ezam semasa program SPSB.
“Jika semua pihak dapat memberikan kerjasama dan menyusun program yang melibatkan semua kepimpinan termasuk bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, kejayaan tentunya berpihak kepada UMNO dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Selain program SPSB, Majlis Tertinggi (MT) UMNO juga memperkenalkan Program Ikhtiar Menawan Selangor (Pintas) bagi membolehkan kerajaan BN menguasai semula kerajaan negeri tersebut yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum tahun lalu.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:21 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for UMNO perkenal SPSB cetus gelombang baru

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]