Balu ADUN Bagan Pinang dapat bantuan
6:14 AM
SEREMBAN 6 Sept. - Kerajaan akan memberi bantuan sewajarnya kepada balu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang dari Barisan Nasional (BN), Allahyarham Azman Mohd. Nor dalam usaha meringankan bebannya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan berkata, bantuan tersebut mengambilkira kesulitan yang harus ditempuhi isteri Allahyarham, Normah Zainal Abidin, 49 yang tidak berkerja serta anak-anaknya yang masih belajar.
''Balu Allahyarham tidak bekerja sementara tiga daripada anak-anaknya masih bersekolah dan mereka juga tinggal di rumah sewa.
''Kita akan teliti apa jenis bantuan yang boleh disalurkan kepada keluarga ini terutama anak-anaknya yang masih belajar di kolej dan sekolah seperti bantuan pinjaman pelajaran," kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarah keluarga itu di kediaman mereka di Rasah Kemayan di sini hari ini.
Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO turut menyampaikan sumbangan peribadi berbentuk wang tunai dan kuih raya kepada keluarga tersebut.
Dalam pada itu, kata beliau, pihaknya juga akan berusaha mengaturkan perpindahan anak sulung Allahyarham, Mohd Khusairi, 23 yang kini bertugas di Kedah untuk kembali ke sini.
''Seperti dimaklumkan anak sulung Allahyarham bertugas di Yan, Kedah jadi kita akan membantunya untuk kembali bertugas di kawasan ini supaya dia dapat menjaga ibu dan adik-adiknya yang lain.
''Sementara itu kita juga akan berusaha mendapatkan pekerjaan yang sesuai bagi anak kedua Allahyarham yang sebelum ini sering membantu bapanya dalam tugas sebagai ADUN,'' tambah beliau.
Tambah beliau, bantuan tersebut wajar sebagai mengenang jasa allahyarham yang banyak berjasa kepada rakyat ketika berkhidmat sebagai ADUN dan Naib Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang.
Allahyarham yang meninggal dunia Jumaat lalu turut meninggalkan seorang lima orang anak iaitu Mohd Khusairi, 23, Hairol Asfani, 22, Norsyazila, 19, Norsyafikah, 16, dan Norsyafitra, 13.
Sementara itu, Normah ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan lega dengan bantuan-bantuan itu.
''Kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih dengan bantuan ini kerana Allahyarham meninggal dunia secara mengejut dan kami sekeluarga masih terkejut dan tergamam," katanya.
Normah berkata, mereka sekeluarga tidak menyangka Allahyarham akan 'pergi' terlebih dahulu walaupun beliau sudah menunjukkan tanda-tanda awal.
''Beberapa hari sebelum meninggal dunia, arwah ada membuat permintaan kalau meninggal arwah mahu dikebumikan di Bagan Pinang bersebelahan dengan kubur datuknya.
''Arwah juga sempat menyiapkan wasiat tetapi kami sekeluarga tidak pernah menyangka apa-apa," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 6:14 AM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0