Khalid Samad tidak senang kenyataan MB Selangor
12:21 AM
KUALA LUMPUR 10 Nov. - Biar pun telah diakui oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa UMNO bukan dalang di sebalik demonstrasi 'kepala lembu' namun Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berpendapat sebaliknya. Malah Khalid berkata, sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid sepatutnya lebih berhati-hati dan berlapik semasa mengeluarkan kenyataan.
"Itu pandangan Menteri Besar, tetapi pada pandangan saya, dalang utama demonstrasi kepala lembu adalah UMNO. Ini jelas apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sendiri yang memberi galakan kepada penduduk.
"Abdul Khalid membuat kenyataan sebagai Menteri Besar, jadi sebagai Menteri Besar beliau perlu lebih bertanggungjawab. Daripada segi bacaan politik, saya amat jelas tangan UMNO memang wujud di sebalik kejadian itu. "Ia disokong lagi dengan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menjemput mereka ke pejabat dan bergambar. Malah pada mulanya, Hishammuddin membela tindakan penduduk Seksyen 23 dengan mengatakan mereka tidak bersalah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Khalid mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor itu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam yang mengakui demonstrasi kepala lembu bagi membantah pemindahan kuil ke Seksyen 23 di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Ogos lalu bukan didalangi UMNO. Beliau berkata, walaupun sebahagian besar peserta demonstrasi itu penyokong UMNO, perbuatan tersebut tidak mewakili atau melambangkan parti berkenaan sebaliknya ia tindakan individu. Menjawab soalan sama ada beliau menganggap kenyataan Menteri Besar Selangor itu salah, Khalid menafikannya. Sementara itu, mengulas perkara berkaitan, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pengakuan Abdul Khalid itu menunjukkan yang parti tersebut tidak mempergunakan rakyat untuk kepentingan sendiri. "Ia melambangkan kegagalan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor menyelesaikan segera kes itu. Kes kepala lembu ini adalah luahan penduduk kawasan berkaitan tanpa mengira mereka ahli UMNO," katanya. Menurut Ahmad, kerajaan Selangor perlu menyelidik sesuatu kejadian sebelum menuduh pihak lain terbabit atau menjadi dalang dalam sesuatu insiden.
"Lain kali periksa dulu, jangan tuduh sembarangan, akui kesilapan, jangan baling batu sembunyi tangan, jangan terus tuduh orang lain," ujarnya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 12:21 AM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0