UMNO turut kemuka rayuan hari ini

KUALA LUMPUR 23 Nov. - UMNO akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan esok berikutan keputusan Mahkamah Tinggi mengekalkan Kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh sebagai kosong.
Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, proses rayuan akan diketuai oleh Penasihat Undang-undang parti, Datuk Mohd. Hafarizam Harun.
"Ini adalah situasi yang boleh disifatkan sebagai pertama kali dalam sejarah, sama ada Mahkamah Rayuan dapat membuat keputusan atau tidak esok, itu satu soal lain.
"Jika keputusan kekal, maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian pada hari Rabu ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Lobi Parlimen di sini hari ini.
Jelas beliau, peraturan SPR menetapkan writ pilihan raya kecil perlu dikeluarkan dalam tempoh 10 hari selepas sesuatu kekosongan berlaku.
Kata beliau, UMNO sedang berkejar dengan masa dan situasi yang berlaku kini agak rumit.
"Selepas Mahkamah Rayuan, andai permohonan kita gagal, maka ada lagi Mahkamah Persekutuan, tetapi dari segi masa pula sudah tidak dapat diikuti memandangkan writ perlu keluar sebelum Rabu ini," katanya.
Ahmad berkata, soal teknikal itu kini terserah pada SPR dan mahkamah untuk menentukannya.
Beliau bagaimanapun berkata, andai pilihan raya kecil terpaksa diadakan, maka UMNO selaku penyandang kerusi DUN berkenaan bersedia untuk menghadapinya.
"Sebenarnya kita sudah memulakan persiapan sejak hujung minggu lalu," katanya.
Namun jelas beliau, UMNO akan tetap juga memberikan penumpuan kepada aspek perundangan serentak dengan persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:06 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for UMNO turut kemuka rayuan hari ini

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]