548 dapat tapak rumah
5:20 PM
KOTA TINGGI 11 Dis. - Seramai 548 generasi kedua di empat kawasan Felda di sini dikurniakan tapak rumah dengan keluasan kira-kira 559.9 meter persegi setiap seorang.
Para penerima adalah dari Felda Bukit Ramun (170), Felda Bukit Besar (67), Felda Pasir Raja (80) dan Felda Sungai Sayong (231).
Penyampaian surat hak milik tanak tapak rumah berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di sini baru-baru ini.
Majlis yang berlangsung di Dewan Raya Kampung Felda Bukit Ramun itu dihadiri lebih 1,500 peneroka serta wakil rakyat, ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat di situ.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Bandar dan Wilayah, Kesenian Kebudayaan dan Warisan negeri, Asiah Md. Ariff dan Ketua UMNO Bahagian Tenggara merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki.
Sementara itu, rata-rata generasi kedua Felda yang ditemui melahirkan kesyukuran atas keprihatinan kerajaan membantu menyelesaikan penantian yang akhirnya menjadi kenyataan.
Seorang penerima, Zakaria Kamat, 48, dari Felda Bukit Ramun berterima kasih kepada kerajaan kerana diberi tapak untuk mendirikan rumah.
"Saya akan memanfaatkan tanah ini dengan membina rumah sendiri untuk kami sekeluarga," katanya.
Tijah Mokhtar, 42, dari Felda Pasir Raja pula tidak dapat menahan sebak selepas menerima surat hakmilik tanah yang disampaikan oleh Menteri Besar.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini bersyukur atas pemberian tersebut dan berterima kasih kepada ibu bapa serta pemimpin masyarakat yang menjaga dan memberinya peluang memiliki rumah sendiri.
Bagi Mohd. Asraf Mohtar, 37, dari Felda Bukit Besar pula berjanji untuk membina rumah sendiri untuk keluarganya.
Menteri Besar dalam ucapannya menasihati semua penerima supaya tidak sesekali mempersia-siakan tanah kurniaan ini dengan menggadai atau menjualkannya kepada pihak lain.
Menurutnya, bukan mudah untuk mendapatkannya kerana peluang yang datang hanya sekali sahaja.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 5:20 PM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0