DEWAN RAKYAT: Tiada cadangan beri tanah kepada generasi baru Felda

KUALA LUMPUR 16 Jun – Kerajaan tidak bercadang untuk memberikan 340,882 hektar tanah milik Felda yang diuruskan oleh Felda Plantations kepada generasi baru peneroka. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini disebabkan jika tanah itu diagihkan kepada kira-kira 1.6 juta generasi baru iaitu anak dan cucu peneroka, setiap orang hanya dapat 0.2 hektar seorang. "Tanah kecil ini tidak ekonomik untuk diusahakan dan kedudukan yang berselerak tanpa kemudahan asas tidak sesuai untuk penempatan. "Jika kerajaan memberikannya kepada generasi baru di 317 kawasan rancangan, bagaimana pula rakyat di 15,000 buah kampung di seluruh negara yang juga inginkan tanah,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Ahmad berkata, kerajaan bercadang untuk membuka lagi tanah rancangan Felda dengan model baru hanya untuk rakyat miskin tegar tanpa mengira kaum, jika ada kerajaan negeri yang ingin memberikan tanah. Beliau berkata, kerajaan juga belum bercadang untuk mengkaji Akta Penempatan Berkelompok 1960 kerana pelaksanaan akta ini telah berjaya mewujudkan 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara dengan penglibatan 225,270 orang suami dan isteri yang merupakan peneroka dan penerokawati. "Selain itu, menerusi akta ini, penempatan berkelompok dan terancang dengan penanaman getah dan sawit telah berjaya mengeluarkan peneroka daripada belenggu kemiskinan serta diiktiraf sebagai usaha pembangunan tanah seumpamanya yang paling berjaya di dunia," katanya. Beliau berkata pengurusan tanah secara berkelompok dapat menyediakan prasarana penyaluran bantuan khidmat nasihat dan pemantauan secara lebih teratur dan cekap.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 2:08 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for DEWAN RAKYAT: Tiada cadangan beri tanah kepada generasi baru Felda

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]