Semua Kementerian Perlu Jelaskan Kepada Rakyat Nilai Subsidi Kerajaan


Semua Kementerian Perlu Jelaskan Kepada Rakyat Nilai Subsidi Kerajaan
PULAU PINANG, 4 Julai (Bernama) -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mencadangkan semua kementerian memberi penerangan yang jelas kepada orang ramai berhubung nilai subsidi dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui kementerian terbabit kepada rakyat.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata tindakan itu bagi menyedarkan rakyat bahawa kerajaan BN prihatin dan telah membelanjakan begitu banyak wang untuk kesejahteraan rakyat.

"Jika rakyat tidak sedar tentang subsidi yang kerajaan sediakan akan jadilah seperti di Pulau Pinang di mana apabila kerajaan negeri hanya memberi RM100 setahun kepada warga emas, perkara itu disentiasa disebut-sebut oleh rakyat.

"Tetapi apa yang diberi oleh kerajaan pusat tidak disedari dan dihargai rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Balik Pulau di sini.

Katanya jika dihitung, pemberian subsidi dan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada setiap individu bernilai beribu-ribu ringgit setahun.

-- BERNAMA

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:49 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Semua Kementerian Perlu Jelaskan Kepada Rakyat Nilai Subsidi Kerajaan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]