BTN perhebatkan Kem Rakan Remaja Patriotik

BTN perhebatkan Kem Rakan Remaja Patriotik


Ahmad Maslan memberi semangat kepada peserta kem di Majlis Perasmian Kem Rakan Remaja Patriotik 2010 Wilayah Persekutuan di Sepang semalam. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS


SEPANG 30 Julai - Biro Tata Negara (BTN) akan memperhebatkan penganjuran Kem Rakan Remaja Patriotik di seluruh negara untuk menanam nilai-nilai murni dan semangat cintakan negara di kalangan remaja.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, kem tersebut dianjurkan oleh Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep) dengan kerjasama BTN dan Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (Mapim).

''Saya berharap lebih ramai remaja dan belia pelbagai kaum memperoleh manfaat dari kem ini yang bertujuan menanam semangat patriotisme dan gagasan 1Malaysia.

''BTN akan menyediakan sedikit peruntukan serta modul latihan dan ia akan dianjurkan di setiap negeri melalui kerjasama NGO," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kem Rakan Remaja Patriotik Wilayah Persekutuan di Perkampungan Sukan dan Rekreasi Nur Bukit Unggul di sini hari ini.

Lebih 100 remaja dan belia menyertai kem tiga hari dua malam tersebut.

Ahmad berkata, remaja Malaysia yang tidak pernah merasai perjuangan kemerdekaan perlu didedahkan dengan semangat cintakan negara supaya mereka tidak alpa dengan kebebasan yang mereka nikmati hari ini.

Tambahnya, penganjuran Kem Rakan Remaja Patriotik memerlukan peruntukan kira-kira RM30,000 untuk setiap negeri.

''Kita telah menganjurkan kem ini di Kelantan, Sarawak dan Wilayah Persekutuan, destinasi seterusnya ialah Kedah," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:30 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for BTN perhebatkan Kem Rakan Remaja Patriotik

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]