Buktikan generasi muda bukan bebanan

Buktikan generasi muda bukan bebanan

PONTIAN 14 Ogos - Generasi muda perlu membuktikan mereka bukan beban atau masalah kepada masyarakat sebaliknya, menjadi permata yang boleh digilap dan dibentuk untuk menjadi pemimpin masa depan.

Pengerusi Gerakan Belia 4B negeri, Syahrin Jamaluddin berkata, walaupun mereka tidak dapat lari daripada tuduhan dan tohmahan, tetapi ia diharap tidak menjejaskan semangat dan perjuangan mereka.

Beliau berkata, terserah kepada golongan belia untuk memikirkan hala tuju mereka dengan mengambil teguran sebagai sesuatu yang positif bagi memperbaiki diri masing-masing.

"Kita tidak boleh menyalahkan masyarakat sekiranya terus memandang serong disebabkan perlakuan sesetengah daripada kita.

"Ini sebenarnya satu cabaran kepada kita semua supaya tidak terus dilabelkan dengan pelbagai gelaran yang kurang elok bagi kebaikan masa depan generasi muda akan datang,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Tautan Ramadan 2010 anjuran Gerakan Belia 4B Johor di Asrama Anak-anak Yatim Islam Pontian, di sini hari ini.

Pelepasan konvoi program yang disertai 120 belia untuk mengunjungi 14 kawasan Parlimen itu dilakukan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian.

Dalam pada itu, Syahrin berpendapat, golongan belia juga perlu diberikan peluang dan kesempatan bagi melaksanakan aktiviti yang memberikan faedah kepada orang ramai.

Katanya, program Tautan Ramadan adalah pendekatan yang diambil oleh Gerakan Belia 4B Johor bagi mendekatkan diri dengan masyarakat yang kurang berkemampuan.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:45 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Buktikan generasi muda bukan bebanan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]