Muzakarah Perjuangan UMNO adalah Jihad


Muzakarah Perjuangan UMNO adalah Jihad, anjuran Veteran UMNO Kelantan, saya rasmikan di Al-Islah, Mulong, Kubang Kerian, Kelantan t'hari ini 18/9.. Dihadiri oleh lebih 400 ilmuan & penceramah seluruh Kelantan..Perjuangan UMNO membangun rakyat & negara ini adalah suatu amalan soleh yang besar bagi menunaikan fardhu kifayah tuntutan agama dalam pelbagai bidang kehidupan.. prasarana fizikal, pendidikan, kesihatan, keamanan, pekerjaan, modal insan, kekeluargaan, keharmonian kaum, hubungan antarabangsa. Pakatan PKR-DAP-PAS tiada rekod mentadbir negara & jgn diperjudikan nasib agama, bangsa & tanahair kepada pakatan rapuh, pakatan caca merba yg merbahaya. UMNO & BN adalah pakatan mantap, pakatan murni yg adil perjuangkan semua kaum dlm suasana harmoni & makmur.. salam

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:51 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

17 comments for Muzakarah Perjuangan UMNO adalah Jihad

  1. UMNO memang bagus tapi pemimpinnya yang bengong, suka menunjuk nunjuk yang palsu dan hipokrit...sebab itulah ianya menjadi kebencian rakyat

  2. Katanya ketua Penerangan Umno Malaysia tapi hanya menerangkan perjalanan hidupnya saja, sibuk duk mesej sana sini...ada agenda utk bertanding MT akan datang kot...setakat dilantik oleh Presiden tak kuat mana pun

  3. Gambar menoreh getah di Manek Urai tu hanya hipokrit je utk tunjukkan buat kerja...sedarlah sikit YB jgn dok bohong rakyat keterlaluan sangat...rakyatpun ada otak jugak

  4. Dato nok bodoh ke siapa? kami dah kenal siapa yang benar dan siapa yang mungkar...

  5. Tepok dada angkat bakul sendiri nampaknya Datuk ni!
    Jangan lupa, bakul tu berlubang....bocor.
    Pemikiran rakyat kini dah matang.

  6. harap datok masuk sek rendah agama belajar x rugi datok, jgn jdi sesat lagi menyesatkan,
    selamat hari raya datok

  7. betul ke datuk??boleh percaye ke?ikhlas ke dari hati?atau sekadar nak tarik sokongan...apa2pun kami belia didalam malaysia sudah meluat pada umno/bn sebab pemimpin2nya....kini beralih arah.....slmt hari raya datuk.

  8. dah 53 tahun datuk masih cakap tak serupa bikin.tak payah cakap banyak datuk!! bandingkan aja rumah datuk ngan rumah tuan guru disini rakyat yang rabun lagi buta huruf pun dapat membezakan yang mana berlian yang mana kaca.cukup cukuplah tu datuk rakyat kelantan nak duit royalty minyak bukan nakkan datuk.

  9. pigilah...ajak debat ( kes Felda ) pun takut cam hampeh...cakap aje besar...telur kecik.

  10. kakakakakakakak...
    Banyak sungguh komen yg power.
    Tak payah wat blog la kalu semua komen dok cemuh hang... muka tak malu betol.

  11. Saya rasa baik Datuk jumpa Tok Guru minta borang PAS,lepas tu belajar dulu dgn Tok Guru tentang islam yg sebenar bukan islam acuan umno..

  12. "umno & bn adalah pakatan yg mantap"? btoi3 sy setuju bangat......
    mantap merembat harta negara & rakyat....sian datuk suma komen "sokong" datuk.....xyah wat blog la datuk wat malu jaa...datuk mesti igt ni zaman 90 an lg...org2 skng dh xbca utusan meloya & berita hairan ag dh....kalo baca pon part sukan ja @ pon tgk no ekoq ja....hahahahahaha.......ayah sapa lani? saudara sapa lani? mesti kalo anak datuk bc dia malu nk mengaku datuk ayah dia.....huhu..."pandai sgt" patot laa leh jd ketua penerangan

  13. alahhh... yg tulihh komen ngutuk ni cuma sekor je bdak tadika terlepaih. depa ni dah tak buleh nak carik makan lagi dahh dgn hujah longkang depa nii...

    selamat berjuang dato.

  14. 400 ilmuan bebb....hebattt....sure nik aziz ngigau tido mlm ni bebb....hahahaha

  15. hang kena pi ngaji agama kat ketua cawangan pas lepas tu boleh cakap pasai kerja jihat kalau tak usah cakap pasai jihat buat malu kat ahli biasa pas aja,nampak sangat kejahilan hang.

  16. respek tul dekat datuk nie..rilek jaa buat muka tebal...released komen...

  17. slam dato.. hujung minggu ni dato tidur kat rumah peneroka mana pulak... baguih betui la dato sorang ni...kah kah kah

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]