Bajet 2011

Bajet 2011 berjumlah RM212billion adalah usaha mentransformasikan negara ke arah kemajuan dengan berpendapatan tinggi.. Dibentang oleh PM hari ini dapat meratakan khazanah negara kepada keseluruhan rakyat dengan pertumbuhan mantap 7% untuk tahun 2010 dibanding negatif 1.7% tahun 2009.. Kepakaran kerajaan BN dalam mengendalikan ekonomi negara wajar disyukuri semua.. Keprihatinan mendengar rintihan rakyat terbanyak menjadikan bajet ini menerima banyak pandangan lantas sesuai disebut sebagai Bajet Kesejahteraan Rakyat.. Tanpa meneliti dengan rasional, pembangkang sebut ini bajet utk pilihanraya.. Seperti biasa, pembangkang gerun dengan kebijaksanaan BN lantas menuduh begitu.. BN selaku kerajaan yang bertanggungjawab sebenarnya sentiasa membela nasib rakyat saban tahun, bukan hanya untuk thn 2011 sahaja.. Tarikh akhir utk PRU 13 ialah 2013, bukan thn hadapan.. Jika ada lagi Bajet sehebat 2011 utk thn 2012 dan 2013, pembangkang sebenarnya khuatir jika rakyat akan mengucapkan selamat tinggal kpd mereka.. salam

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 7:23 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

2 comments for Bajet 2011

  1. sy rasa dato bajet kita kena lebih khusus lg utk menarik lebih byk aliran FDI ke msia.kita xperlu turunkan coprate tax sebab kita dah ada insitif bg setengah bissesnes yg strategik.pd hemat sy infrastructure kita perlu ditingkatkan lg.terutama x di sektor pelabuhan.nape tidak ada usaha dr kerajaan utk mengujudkan bunker port atau pun kemudahan yg setaraf dgnnya.Singapura maju kerana dia merupakan bunker port no 1 in the world.taraf bunker port bukan apa dato bila kita capai taraf tu kita berupaya untuk supply minyak kapal dgn harga yg kompetitif.utk pengetahuan dato harga minyak kapal disemua pelabuhan2 di Singapura adalah yg kedua terrendah di dunia mereka cuma klh dgn roterdam port di Belanda.bila kita bolih tawarkan harga minyak kapal murah barulah kapal2 dagang berminat berurusniaga dgn pelabuhan2 kita dan investor pun dgn sendirinya akan bertambah.minta maaf byk klu cadangan sy ni macam katon xp tolong dato renongkan kembali.

  2. YB Dato', apa yang lebih menarik pada hemat saya ialah jika ada cadangan bagaimana untuk meningkatkan pendapatan negara setelah kita melihat pengaliran keluar ataupun pengurangan kemasukan FDI.

    Kita tidak perlu hanya berharapkepada FDI walaupun ianya menjadi indikator penerimaan pelabur luar terhadap Malaysia. Sebaliknya kita boleh mempelbagaikan sumber pendapatan negara dengan memanfaatkan pelbagai sumber yang masih terdapat di negara ini.

    Program economic transformation plan seharusnya di mulakan dari entiti yang paling kecil secara menyeluruh bermula dari kampung, desa, pekan, bandar dan negeri.

    Di peringkat kampung contohnya, kita harus menukar minda bertani sekadar cukup makan kepada bertani untuk perniagaan. Amat hairan negara masih banyak mengimport makanan seperti daging dan ikan sedangkan ada penternak yang bermasalah menjual ternakan mereka. Perlukah diwujudkan unit pembangunan ekonomi disetiap kampung khusus untuk membimbing golongan tersebut. Mendedahkan peluang-peluang membekal bahan tani kepasaran yang lebih luas dan melatih mereka menambah nilai kepada hasil tani yang dikeluarkan. Contohnya pontian yang terkenal mengeluarkan nenas boleh membuat homestay, menternak hiliran lebah madu diladang nenas dll.

    Dari entiti paling dasar inilah, semua pihak mengambil peranan membangunkan semula ekonomi.

    Di pulau pisang Pontian contohnya boleh dibangunkan menjadi dry dock untuk kapal singgah servis atau cuci kapal dengan kos yang pasti lebih rendah dari Singapura.

    Dengan keadaan ekonomi dan pendapatan yang lebih stabil, kecenderungan politik juga lebih mudah dikawal.

    Sekian dari orang kampung

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]