SMK Benut menangi ASC Pontian 2010

SMK Benut menangi ASC Pontian 2010


Ahmad Maslan menyampaikan cenderamata kepada wakil SMK Benut yang muncul sebagai johan pertandingan Anugerah Sekolah Cemerlang (ASC ) Parlimen Pontian di Pontian, baru-baru ini.


PONTIAN 16 Nov. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benut memenangi Anugerah Sekolah Cemerlang (ASC) 2010 bagi kategori sekolah menengah pada pertandingan anjuran Pejabat Ahli Parlimen Pontian, di sini.

Dengan kejayaan itu, sekolah tersebut menerima hadiah wang tunai RM10,000 manakala tempat kedua diraih SMK Parit Betak dan tempat ketiga dimenangi SMK Ayer Baloi yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM6,000 dan RM4,000.

ASC yang pertama kali diperkenalkan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Pejabat Pelajaran Agama Daerah (PPAD) Pontian bertujuan mengiktiraf kecemerlangan sekolah di kawasan Parlimen Pontian sepanjang tahun ini dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM50,000.

Kategori yang dipertandingkan adalah SMK, Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama (SA) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian di Dewan Baiduri, SMK Benut di sini kelmarin.

Bagi kategori SK, tempat pertama dimenangi SK Tanjung Air Hitam dengan hadiah wang tunai RM5,000 manakala tempat kedua SK Seri Bugis (RM3,000) dan ketiga SK Parit Sapran (RM2,000)

SJK (C) Lok Yu 2 pula muncul johan kategori SJK dengan memenangi RM5,000 diikuti tempat kedua SJK (C) Yu Ming (RM3,000) dan ketiga SJK (T) Jalan Ibrahim (RM2,000).

Tempat perama bagi SA dimenangi SA Pulai Sebatang (RM5,000), kedua SA Bandar Benut (RM3,000) dan ketiga SA Permatang Sepam (RM2,000).

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 4:30 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for SMK Benut menangi ASC Pontian 2010

  1. Saya bekas pelajar SMK Benut 1982. Sejak meninggalkan sekolah, usaha2 untuk menganjurkan alumni SMK tersebut hanya sekadar sementara yang mana pernah saya hadiri sekitar tahun 2004 di jamuan raya sekolah. Saya juga percaya banyak bekas pelajar2nya yang cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk Datuk sendiri. Seandainya Datuk boleh menjadi Penaung/pencetus ke arah ini, saya amat mengalu-alukannya.

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]