500 hadir Persidangan Agung GMPS
3:52 AM
JOHOR BAHRU 28 Dis. - Kira-kira 500 ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menghadiri Persidangan Agung Tahunan GPMS ke-56 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dekat sini baru-baru ini.
Persidangan tahunan selama dua hari itu dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian.
Turut hadir Presiden GPMS, Jais Abdul Karim; Timbalan Presidennya, Rosdi Amir yang juga Pengerusi GPMS Johor dan Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang.
Pada persidangan itu, GPMS turut melancarkan majalah Suara GPMS 2010 selain menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara gabungan itu dengan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka.
Anugerah Sahabat GPMS pula diberikan kepada lima syarikat korporat yang aktif membantu gabungan tersebut sepanjang tahun ini.