Felda jangka catat lebihan hasil tahun ini

KUALA LUMPUR - Felda Holdings Bhd. (Felda) dijangka mencatatkan lebihan dalam hasil kewangan tahun ini berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat hampir RM1,000 kepada RM3,500 setan pada suku keempat 2010.

Pada awal tahun ini, harga MSM meningkat kepada RM2,400 hingga RM2,600 setan dan lebih mendadak pada suku keempat tahun ini.''

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, peningkatan harga komoditi itu telah memberikan keuntungan kepada Felda dan juga peneroka.

Pada tahun depan, bajet RM1 bilion akan dikekal seperti mana yang telah diperuntukkan pada tahun-tahun sebelumnya, kata beliau selepas menghadiri majlis Felda Bersama Media di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis ialah Pengerusi Felda, Tan Sri Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor, Pengerusi Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaafar.

Kira-kira 200 pengamal media hadir pada majlis yang berlangsung pada waktu makan tengah hari tersebut.

Ditanya sama ada harga MSM boleh meningkat lagi, Ahmad berkata, kerajaan dan Felda bersedia dengan sebarang kemungkinan jika harga komoditi itu tidak menentu.

"Masalah harga komoditi yang tidak menentu tidak menjadi masalah pada Felda,'' ujarnya.

Ahmad menggesa kesemua dua juta peneroka di negara ini mencarum wang hasil lebihan pendapatan masing-masing daripada kenaikan harga MSM melalui Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang menjanjikan dividen lumayan sebanyak 14 peratus setahun.

Katanya, para peneroka perlu mengambil peluang hasil daripada peningkatan harga MSM baru-baru ini.

"Jika peneroka konsisten mencarum dalam KPF, mereka boleh mendapat pulangan sebanyak RM3,000 sebulan,'' jelas beliau.

Mengulas Menara Felda@Platinum Park setinggi 50 tingkat di Jalan Lorong Kuda, Off Jalan Stonor, di sini Ahmad berkata, projek itu dijangka siap pada 2012.

Katanya, setakat ini, bangunan menara itu telah siap sehingga ke tingkat 42.

"Apabila menara itu siap kelak, ruang-ruang pejabat turut dibuka kepada syarikat korporat yang lain,'' ujarnya.

Projek Platinum Park yang membabitkan pembinaan tujuh menara, termasuk tiga menara kondominium mewah dengan 287 unit kediaman, tiga menara pejabat gred A dan sebuah menara apartmen perkhidmatan lima bintang.

Sebuah daripada menara pejabat yang merupakan tertinggi bagi projek Platinum Park telah dijual kepada Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) pada harga RM640.7 juta.

Menara Felda juga bakal menjadi mercu tanda baru dan lambang kejayaan Felda dalam tempoh 50 tahun pertama penubuhannya.

Sebelum ini, Mohd Yusof dalam ucapannya berharap Felda yang berusia 54 tahun dan memasuki fasa kedua perkembangan akan kekal mencatatkan pencapaian jauh lebih baik dan kukuh berbanding sekarang.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:56 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Felda jangka catat lebihan hasil tahun ini

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]