Masyarakat Felda Diperingatkan Jangan Lupa Dua Pembohongan Besar Pembangkang

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Masyarakat Felda khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang diminta agar tidak melupakan dua pembohongan besar parti pembangkang iaitu penubuhan kerajaan 16 September dan dakwaan mengatakan Felda bangkrap.

Justeru Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan meminta agar masyarakat Felda menolak apa jua janji dan dakyah yang bakal ditaburkan parti pembangkang menjelang pilihanraya kecil DUN Tenang yang akan diadakan tidak lama lagi.

Jelas beliau lagi pihaknya yakin parti pembangkang akan menumpukan tiga kawasan Felda di DUN berkenaan kerana di kawasan tersebut mempunyai kira-kira 4000 pengundi.

“Kita sedia maklum pembangkang akan cuba memanipulasikan isu-isu berkaitan Felda untuk mengelirukan pengundi di kawasan Felda Cempelak, Felda Cempelak Barat and Felda Tenang.

“Saya akan turun padang ke kawasan-kawasan tersebut untuk meninjau dan merangka strategi untuk mempertahankan kubu di Felda ini, kerana tiga kawasan Felda ini mempunyai 4,000 pengundi daripada 14,511 yang berdaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online selepas menghadiri majlis Felda bersama Media di Dewan Perdana Felda di sini, hari ini.

Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian Anggota DUN Tenang Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur Jumaat lepas.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12 apabila menewaskan calon Pas, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Ahmad Maslan seterusnya berkata pihaknya percaya masyarakat Felda tidak akan mudah terpedaya dan terpesona dengan pelbagai janji melangit parti pembangkang kerana sudah terbukti sehingga kini apa yang dijanjikan tidak lebih sekadar umpan kosong semata-mata.

Pada masa yang sama beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut membidas cadangan pakatan pembangkang untuk membahagikan semua Tanah Rancangan Felda kepada anak peneroka yang disifatkannya sekadar gimik politik murahan untuk meraih sokongan rakyat.

Tegas beliau cadangan tersebut merupakan cadangan cacamarba yang dibuat tergesa-gesa dan hanya sekadar polemik bagi memastikan tujuan mereka untuk menakluki Putrajaya tercapai.

“Jika dikira, pembahagian tanah Felda sebanyak 330,000 hektar kepada lebih kurang 1.6 juta anak peneroka, setiap seorang hanya mendapat seekar sahaja. Apa sangat yang boleh dilakukan dengan tanah seekar?

“Adalah lebih bijak jika segala hasil terbit dari tanah seluas 330,000 hektar itu kita pulangkan kepada peneroka dan generasinya dalam bentuk yang lebih menguntungkan seperti program kemahiran, pembangunan prasarana dan sebagainya,” ujarnya

Beliau turut memberi perumpamaan peranan Felda sebelum ini adalah seperti memberi ikan kepada peneroka tetapi untuk generasi selepas itu Felda mahu memberikan pancing.

“Adalah lebih pintar jika Felda dibangunkan dalam bentuk konglomerat yang kukuh kerana hasilnya dapat dinikmati golongan peneroka dalam bentuk lebih berfaedah berbanding pembahagian tanah seperti dicadangkan pembangkang”, katanya. -MediaUMNO

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:10 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Masyarakat Felda Diperingatkan Jangan Lupa Dua Pembohongan Besar Pembangkang

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]