Dap Mahu Simpan Segala Rahsia Anwar Dalam Poket Mereka – Ahmad

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan percaya Dap akan terus mempertahankan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam apa jua keadaan kerana mereka mahu menyimpan segala rahsia Anwar dalam poket mereka.

Oleh kerana itu beliau tidak hairan Dap terus mahu mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat walaupun jelas kerusi parlimen DAP melebihi dari PKR.

“Dap kini menguasai 29 kerusi parlimen manakala PKR 24 dan Pas 23. Sepatutnya parti yang menguasai banyak kerusi menjadi Ketua Pembangkang tetapi Dap masih mahu mengekalkan jawatan Anwar.

“Jadi saya rasa dia tak layak jadi Ketua Pembangkang dan jawatan itu patut diserahkan kepada Lim Kit Siang…saya rasa itu perkara yang lebih bermaruah yang perlu dilakukan Anwar Ibrahim”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Tindakan Dap ini tegas beliau memperlihatkan bahawa Dap mahu menjadikan Anwar sebagai kuda tunggangan mereka.

“Malah Pengerusi Dap, Karpal Singh menjadi jadi Ketua Peguambela kes liwat Anwar sedangkan Karpal sendiri adalah orang pertama mendedahkan perlakuan Anwar itu di parlimen pada tahun 1997.

“Jadi sebenarnya apa yang dilakukan Dap ini adalah untuk memasukkan semua rahsia Anwar Ibrahim dalam poket mereka. Itu saja”, katanya.

Pada masa yang sama beliau juga turut hairan Anwar yang terkenal dengan tindakan saman menyaman masih lagi tidak berani untuk mengheret bekas rakan karibnya Datuk Nallakarupan ke mahkamah berikutan beberapa dakwaan yang dilakukan.

“Kita tertunggu-tunggu bila Anwar nak saman Nallakaruppan, bila nak saman Lee Kuan Yew…bila Anwar dan Wan Azizah nak saman Ezam Mohd Noor…hari tu bukan main lagi nak saman…bila lagi?

“Mereka telah buat pendedahan dan akan terus buat pendedahan…mereka bebas untuk bercakap apa yang mereka nak cakap…rakyat mendengar pendedahan itu. Apa yang Anwar takutkan?” soalnya.

Justeru beliau percaya tindak tanduk dan sikap ‘flip flop’ Anwar ini akan menjadi penilaian penting buat rakyat untuk menentukan nasibnya dan parti pembangkang lain pada masa hadapan. -MediaUMNO

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 2:18 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Dap Mahu Simpan Segala Rahsia Anwar Dalam Poket Mereka – Ahmad

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]