Mangsa kebakaran dapat bantuan segera

Ahmad Maslan menunjukkan sesustu semasa melawat rumah yang terbakar di Parit Marjunit, Benut, Pontian, kelmarin.

PONTIAN 11 Feb. - Bertuah rasanya jika menetap di kawasan yang mempunyai wakil rakyat yang prihatin dan cepat bertindak menghulurkan bantuan diperlukan seperti yang dilakukan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.

Hasil tindakan itu, sebuah keluarga 11 beranak mangsa kebakaran di Kampung Parit Marjunit di sini Isnin lalu yang tinggal sehelai sepinggang, kini mampu menarik nafas lega apabila pelbagai sumbangan diterima dengan segera.

Perkara tersebut diakui Salmah Sidek, 38, yang terharu dengan sumbangan seperti barang keperluan, pakaian, makanan serta kelengkapan sekolah untuk tiga daripada tujuh orang anaknya.

"Alhamdulillah, kami bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak terutama kepada Datuk Ahmad Maslan yang pantas membantu keluarga yang kini tidak mempunyai apa-apa.

"Buat masa ini, kami menyewa dengan jiran terdekat sementara tunggu bantuan bagi membina rumah di tapak yang sama kerana ia merupakan harta peninggalan keluarga," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

Pada masa sama, pelbagai pihak dan agensi-agensi kerajaan lain antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dan orang ramai turut menghulurkan bantuan kepada keluarga malang itu.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 1 pagi Isnin lalu, rumah yang didiami Salmah bersama suami, Mohd. Isa Kassim, 51, bapanya, Sidek Yunos, 67, tujuh orang anak dan seorang cucu, musnah dalam kebakaran yang masih disiasat puncanya.

Tujuh anaknya ialah Mohd Izwan, 19, Nurul Syafinaz, 18, Nurul Syamira, 16, Nazatul Syahreen, 14, Nurul Atikah, 12, Nor Anis Zalifah, 2, Nor Airah Imanina, 3 bulan dan cucunya Mohd Hafiz Haikal Abdullah, 11 bulan.

Menurut Salmah, dalam kebakaran yang disedari oleh anak keempatnya, Nazatul Syahreen itu, mereka hanya mampu menyelamatkan diri masing- masing manakala semua harta benda serta wang ringgit musnah.

"Saya juga bersyukur kerana semua anak-anak tidak menunjukkan trauma ekoran kejadian itu, malah mereka juga ringan tulang membantu apa yang patut demi keluarga mereka," katanya yang menjalankan perniagaan di pasar tani.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 2:30 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Mangsa kebakaran dapat bantuan segera

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]