Anwar Jangan Berselindung Lagi, Rakyat Sudah Meluat – Ahmad

KUALA LUMPUR, 16 Mac – “Orang ramai, rakyat dan banyak NGO sekarang bangkit, berdemonstrasi minta Anwar serah DNA kerana sudah meluat melihat kes ini dan gelagat Anwar”, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Justeru tegasnya Anwar tidak perlu lagi berselindung dengan isu DNA ini sebaliknya berpegang kepada prinsip ‘berani kerana benar, takut kerana salah’.

“Tidak ada sebab untuk beliau tidak memberikan sample DNAnya, dan apabila pendakwa meminta mahkamah minta Anwar memberikan samplenya, tidak ada sebab untuk beliau mengelakkannya.

“Yang berlaku di bawah itu (demostrasi rakyat mendesak Anwar memberikan sample DNAnya) adalah reaksi spontan daripada rakyat yang sudah meluat melihat kes ini, meluat melihat gelagat Anwar Ibrahim yang bersembunyi di sebalik tabir perundangan yang begitu dan menuduh konon ada konspirasi”, katanya kepada UMNO-Online di sini,

Pada masa yang sama kata beliau lagi orang yang di sekeliling Anwar turun-naik mahkamah suatu masa dahulu kini tidak lagi bersama untuk membelanya.

“Malah orang-orang yang pernah menjadi orang kuatnya satu ketika dulu kini bersama-sama berdemonstrasi menuntut Anwar memberi DNA. Mereka juga sudah meluat.

“Anwar jangan fikir keadilan untuk dia sahaja, tetapi fikirkan juga keadilan untuk Saiful dan orang-orang lain. Jangan dia fikir dia orang besar maka keadilan untuk dia, orang kecil juga perlukan keadilan. Dalam kes ini, keadilan juga harus diberikan kepada Saiful”, katanya.

Secara sinis, beliau mencadangkan kepada Anwar, “kalaulah dia marah sangat kerana didesak memberikan DNA, dia boleh meludah sahaja, kerana DNA ini bukan hanya pada air mani, malah rambut, air ludah juga merupakan sample DNA yang boleh dikira pakai”. -MediaUMNO

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:18 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Anwar Jangan Berselindung Lagi, Rakyat Sudah Meluat – Ahmad

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]