Pengundi Tidak Akan Perjudi Nasib Mereka Ke Tangan Pakatan Caca Merba

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan percaya rakyat khususnya pengundi di Sarawak tidak akan memperjudikan nasib mereka di tangan pakatan pembangkang yang semakin cacamerba.

Selain pimpinan tinggi mereka yang tidak habis-habis bermasalah kata beliau pertelingkahan di kalangan pakatan pembangkang termasuk yang berlaku di Sarawak juga menjadi faktor penilaian penting pengundi di negeri itu.

“Isu Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tiada kesepakatan selain percanggahan pendapat antara Pas dengan DAP membuktikan pakatan pembangkang kelam-kabut.

“Sementara pakatan pembangkang semakin caca merba, pelaksanaan perubahan dan transformasi BN Sarawak untuk mengetengahkan ramai muka baru pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kini berjaya membuktikan pembaharuan dan meningkatkan keyakinan rakyat kepada BN”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Tegas beliau lagi rakyat tidak akan beroleh untung dari pakatan yang caca merba yang sebenarnya hanya mahu mendapatkan undi untuk berkuasa.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata kesepakatan, perubahan dan transformasi untuk penampilan pemimpin pelapis yang dilaksanakan oleh BN Sarawak dan komponen-komponennya akan membawa kemenangan besar.

“Rakyat tentunya menerima dan menyakini transformasi ini dan masa depan akan lebih cerah untuk menikmati pembaharuan dan kemajuan,” katanya.

Beliau berharap semua jentera BN yang sudah pun mengikuti kursus parti, dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk bekerja kuat dan memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak.

“Jabatan Penerangan UMNO akan bekerjasama dengan Penerangan BN Sarawak dan semua jentera penerangan komponen BN di sana untuk berkempen memenangi pilihan raya itu”, ujarnya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 7:50 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Pengundi Tidak Akan Perjudi Nasib Mereka Ke Tangan Pakatan Caca Merba

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]