Felda guna pengalaman 50 tahun

TELUK KEMANG 17 April - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menggunakan pengalaman luasnya selama 50 tahun dalam sektor perladangan bagi menghadapi saingan yang bakal wujud dari Korea Selatan dan China. Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, tidak ada perkara yang perlu dibimbangkan memandangkan kesemua produk yang dihasilkan selama ini terbaik dari segi kualiti dan kuantiti. Tambah beliau, pengurusan ladang yang baik serta beberapa kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berterusan akan terus menjadi teras kejayaan Felda di peringkat antarabangsa. ''Walaupun kita tahu bahawa saiz negara kita lebih kecil berbanding kedua-dua negara itu, Felda memiliki kelebihan dari segi teknologi bagi menghasilkan getah dan kelapa sawit berkualiti. ''Malah berdasarkan pencapaian, kita juga masih berada di tangga teratas dalam menghasilkan produk daripada kelapa sawit dan getah kerana menggunakan teknologi moden dan terkini," katanya. Mohd. Isa bercakap kepada pemberita selepas menutup retreat Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. Sehubungan itu, Mohd. Isa mahu Felda terus membuat persiapan bagi menghadapi persaingan berkenaan terutama dalam memastikan kualiti yang dihasilkan tidak terjejas. Jelasnya, Felda mempunyai 12 cawangan di luar negara sebagai salah satu strategi menangani persaingan. ''Oleh itu bermula sekarang semua pengurusan ladang termasuk aktiviti R&D perlu dipastikan berjalan dengan baik dalam menghadapi persaingan global ini nanti. ''Malah generasi baru peneroka Felda akan diberi pendedahan tentang kaedah pengurusan ladang yang lebih baik serta teknologi menghasilkan komoditi berteknologi tinggi," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:03 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Felda guna pengalaman 50 tahun

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]