UMNO tiada niat ajar politik rakyat Sarawak

Bantu kempen PBB jamin kemenangan Barisan Nasional

KUCHING: Kehadiran UMNO bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bukan untuk mengajar parti komponen Barisan Nasional (BN) di sini, sebaliknya ia adalah tanda setia kawan antara parti itu dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).Bagaimanapun, UMNO memberi jaminan parti itu tidak akan terlalu menonjol dalam kempen di Sarawak dengan kehadirannya bukan untuk mengajar parti komponen BN Sarawak sebaliknya lebih kepada berkongsi maklumat.
Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan, berkata UMNO tidak boleh menolak untuk terbabit dalam kempen di Sarawak kerana Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta banyak Menteri datang dari parti itu.

"Kita mengakui parti komponen BN di Sarawak terutamanya PBB mempunyai kepakaran di sini tetapi UMNO juga mempunyai kelebihan berdasarkan hakikat PKR, PAS dan DAP berasal dari Semenanjung.

"Kita mempunyai banyak maklumat mengenai pembangkang dengan ia boleh digunakan oleh PBB dan parti komponen BN yang lain sebagai strategi dalam kempen pilihan raya nanti," katanya ketika ditemui ketika melawat Pejabat PBB Satok di sini, kelmarin.

Selain bertukar maklumat, UMNO sedia membawa penceramah dari Semenanjung yang mempunyai pengalaman berhadapan dengan pembangkang terutamanya membabitkan isu di peringkat nasional.
Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyifatkan, pembangkang gagal menunaikan janji di negeri yang diperintah mereka dan kini mahu ke Sarawak untuk menabur janji baru.

"Ketua pembangkang serta parti pembangkang di Sarawak ketika ini berada dalam keadaan 'caca marba' kerana berebut kerusi dan cuba mengawal pemimpin tempatan dalam menyelesaikan masalah itu.

"Lihat saja di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan... janji pilihan raya di sana belum diselesaikan tetapi mereka mahu membuat janji baru untuk penduduk Sarawak pula," katanya.

Mengulas mengenai peluang BN mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya lalu, Maslan berkata, berdasarkan laporan dan analisis yang dibuat pihaknya, UMNO yakin BN Sarawak akan mengekalkan penguasaannya.

"Saya yakin BN bukan saja akan menang di Sarawak pada pilihan raya kali ini tetapi ia bakal menjadi kemenangan besar dan penting kepada BN di Semenanjung juga.

"Bagaimanapun saya meminta jentera BN Sarawak tidak 'tersenyum' selepas mengetahui perkara ini kerana mereka harus terus bekerja keras bagi memastikan kemenangan itu," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:49 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for UMNO tiada niat ajar politik rakyat Sarawak

  1. Muak betul dengan cerita politik, sudah2 lah tu... banyak lagi kerja berpaedah lain boleh dibuat...

    Duit FREE!

    Nilailah sendiri....

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]