Anwar Tidak Berani Saman Eskay – Ahmad Maslan





KUALA LUMPUR, 24 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar supaya menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung segala pendedahan dan dakwaan yang dibuat terhadap Ketua Pembangkang.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan berkata jika Anwar merasakan segala tuduhan dan dakwaan yang dibuat itu tidak benar seharusnya beliau berani menyaman Eskay seperti apa yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

“Anwar memang kita kenali suka menyaman sesiapa sahaja yang membuat tuduhan terhadap dirinya, tetapi apabila membabitkan Datuk Eskay mengapa dia tidak menyamannya.

“Eskay ini bukan calang-calang orang, jika tidak takkan dia dilantik oleh kerajaan Thailand sebagai wakilnya di sini (Langkawi), tiada sebab untuk dia berbohonga membabitkan orang lain,” katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pendedahan yang dibuat oleh Eskay kepada media mengenai apa yang berlaku di antaranya dengan Anwar ketika mereka berdua berkawan rapat.

Dalam pendedahan itu, Eskay turut menceritakan mengenai apa yang berlaku ketika mereka berada di Thailand serta dakwaannya mengatakan emosi Anwar tidak stabil dan menyifatkannya sebagai pemimpin yang lemah.

Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata, jika benar apa yang dikatakan oleh Eskay itu tidak benar sudah pasti Anwar akan beriya-iya menafikan apa jua yang dikatakan itu tetapi sehingga sekarang Anwar masih mendiamkan diri mengenai perkara itu.

“Saya sehingga kini ternanti-nanti bilakan Anwar ingin menyaman Eskay, tetapi sehingga kini tiada apa pun dilakukan oleh Anwar terhadap Eskay, malah beliau tidak pun menyahut atau menjawab yang dibuat oleh Eskay,” katanya.

Beliau berkata, Anwar tidak boleh menyalahkan sesiapa jika ada pihak yang membuat pelbagai andaian terhadap perkara itu kerana sehingga kini Anwar tidak menjawab apa jua perkara yang dilontar oleh Eskay terhadap dirinya. -MediaUMNO.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:34 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Anwar Tidak Berani Saman Eskay – Ahmad Maslan

  1. Mudah-mudahaan Allah kuniakan keinsafan dalam diri tuan Ahmad Maslan.
    Insaf kerana tiada tindakan membantah gambar luchah dan video haram dalam blog BN terutama blog UMNO.
    Ingatlah anda ada keluarga , ada anak isteri dan ingatlah ramai remaja akan teruja dengan gambar,berita youtube dan cd/dvd yang bersepah.ANDA AKAN JAWAB DIPADANG MASYAR NANTI!

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]