JANGAN TERPENGARUH DAKYAH BURUK NAMA PEMIMPIN

PEKAN, 14 Mei (Bernama) -- Anggota Pemuda Umno diingatkan agar tidak
terpengaruh dengan dakyah disebarkan pembangkang yang memburukkan nama baik
pemimpin negara.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata anggota Pemuda perlu mengkaji terlebih dahulu dan menilai secara bijak setiap dakwaan pembangkang yang menabur fitnah semata-mata untuk mencalar nama baik pemimpin negara.
"Negara akan pincang sekiranya anggota Pemuda Umno terlalu mudah terpengaruh
dengan cerita tidak benar yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab bagi meraih sokongan rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Pekan di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Datuk Ishak Muhamad dan Ketua Pemuda Umno Pekan Mohammad Jefree Wahab.
Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
berkata Pemuda Umno Pekan seharusnya berbangga dan merasa bertuah kerana dapat
berdiri di belakang Ketua Umno Bahagian Pekan yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memiliki pengalaman luas dalam bidang politik.
Beliau berkata dalam tempoh singkat, Perdana Menteri telah berjaya
melakukan pelbagai perubahan dan kemajuan yang diperlukan rakyat di setiap peringkat.
-- BERNAMA

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:15 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for JANGAN TERPENGARUH DAKYAH BURUK NAMA PEMIMPIN

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]