Kaum Cina diingatkan sokong BN

PONTIAN - Kaum Cina di bandar diingatkan supaya kembali menyokong Barisan Nasional (BN) dan bersyukur dengan segala kemajuan yang dilaksanakan oleh kerajaan kerana mereka menikmati banyak kemudahan tidak seperti mereka yang berada di pedalaman, kampung atau pinggir bandar.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau bukan bersikap rasis atau prejudis kepada kaum Cina, tetapi apa yang berlaku pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah menimbulkan persoalan banyak pihak.

"Kemudahan jalan raya, bekalan elektrik, air paip, kemudahan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) serta prasarana yang lain semuanya bertaraf kelas pertama tersedia di bandar-bandar adalah hasil kerajaan BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Parit Betak, Benut, dekat sini baru-baru ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kaum-kaum lain tidak akan merampas penguasaan ekonomi orang Cina dan begitu juga hak-hak seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:34 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Kaum Cina diingatkan sokong BN

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]