Inisiatif Untuk Belia Tepat, Bukti Kerajaan Peka Golongan Muda

Najib Tun Razak menyepak bola tanda merasmikan Rentap Futsal Kosmo! 2011 di Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Ahmad Shabery Cheek, Dr. Koh Tsu Koon, Ahmad Maslan dan Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Enam inisiatif untuk belia yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam tepat pada masanya berdasarkan kehendak belia pada masa kini yang sentiasa berubah-ubah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata terutamanya “mengenai kesukarelaan dan kepimpinan termasuklah dalam bidang perniagaan, dan pendidikan.

“Ia sesuatu yang bagus untuk generasi muda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis konvokesyen Persatuan Guru-Guru Seni Bela Diri Malaysia (MAGMA) di sini hari ini.

Enam inisiatif berkenaan ialah pengenalan khidmat sukarelawan, portal belia, ikon remaja, mewujudkan ‘youth park’ di sekitar Putrajaya, memperkenalkan konsep mentor-mentee kepada belia dalam beberapa bidang serta mewujudkan Parlimen Belia untuk mengetahui pandangan serta cadangan daripada golongan belia.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penasihat Magma Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan dan Presiden Magma Datuk Baharom Kamari.

Seramai 66 orang menerima pelbagai anugerah termasuk “Merit of Excellence”, diploma, sarjana muda dan sarjana.

Menyentuh mengenai pilihan raya umum, Ahmad mengingatkan golongan belia supaya berdaftar diri sebagai pengundi memandangkan pilihan raya umum itu akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

“Jangan nak tunggu saat-saat akhir untuk menjadi pengundi.Mungkin kita boleh mendaftar (sebagai pengundi) tetapi kita mungkin tidak boleh mengundi untuk PRU ke-13 nanti,” katanya.

Beliau juga berharap ahli UMNO turut mendaftar memandangkan ramai yang berumur berusia antara 30 hingga 40 tahun masih belum mendaftar sebagai pengundi.


Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:13 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Inisiatif Untuk Belia Tepat, Bukti Kerajaan Peka Golongan Muda

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]