Penyatuan UMNO-Pas untungkan semua kaum

Penyatuan UMNO-Pas untungkan semua kaum

PONTIAN 4 Mei - Penyatuan UMNO dengan Pas dalam Barisan Nasional (BN) diyakini bukan sahaja menguntungkan orang Melayu, malah semua kaum di negara ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, apabila orang Melayu bersatu menerusi UMNO dan Pas yang kedua-duanya mempunyai pengaruh besar dalam arena politik tanah air, ia menyumbang kepada kestabilan politik negara dan pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, kestabilan politik merupakan tarikan utama yang membolehkan ekonomi berkembang selari dengan pertumbuhan negara.

"Apabila orang Melayu bersatu padu, maka sesama kita tidak ada pertelagahan, tidak akan bergaduh dan tidak akan fitnah memfitnah.

"Oleh itu, perpaduan yang wujud boleh ditumpukan pada usaha meningkatkan ekonomi, perniagaan dan pelajaran yang faedahnya boleh dinikmati bukan sahaja oleh orang Melayu, malah semua kaum di negara ini," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Penajaan Utusan Malaysia untuk 25 sekolah rendah dan menengah di Parlimen Pontian di sini hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas pelawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini supaya Pas keluar daripada pakatan pembangkang dan menyertai BN.

Pelawaan Perdana Menteri itu mendapat reaksi pelbagai pihak dan terbaru Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak yang menentang penyatuan UMNO-Pas sebagai pengkhianat Islam.

Ahmad yang menyokong usaha menyatukan UMNO dan Pas berpendapat, apabila wujud perpaduan di kalangan orang Melayu, maka kaum Cina yang memang diketahui menguasai bidang ekonomi akan mendapat faedah secara langsung dalam bidang tersebut.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:08 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Penyatuan UMNO-Pas untungkan semua kaum

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]