Ambil Tindakan Tegas Termasuk ISA Terhadap Kumpulan Pengacau

KUALA LUMPUR, 28 Jun - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata hasil pertemuan dan perbincangannya bersama Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris), satu ketetapan dibuat bahawa kerajaan harus segera mengambil tindakan tegas menahan penganjur mana-mana perhimpunan haram 9 Julai ini termasuk menahan mereka di dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Kerajaan harus bertegas untuk menangkap pihak-pihak yang buat kacau apabila berhasrat mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 9 Julai ini. Pewaris yang hadir pada hari ini menyatakan bahawa kerajaan perlu menggunakan ISA untuk menangkap pihak-pihak yang membuat kacau.

“Datuk Ibrahim Ali dan Pemuda UMNO sudah membuat kenyataan bahawa kalau Bersih tak buat perhimpunan, maka mereka juga tidak akan berhimpun. Oleh kerana itu, siapa pengacaunya? Siapayang mulakan, siapa yang jadi punca? Mereka ini tercabar dan sebab itu mereka menyahut cabaran,” ujarnya selepas mengadakan pertemuan bersama Pewaris di sini, hari ini.

Tegasnya, beliau tidak menyalahkan Pemuda UMNO dan Perkasa sebaliknya menyalahkan pendokong-pendokong Bersih ini yang mula buat kacau.

“Kalaulah nak hantar memorandum, hantarlah surat rasmi kepada Yang Di Pertuan Agung mohon mengadap untuk menyerahkan memorandum tersebut, bukannya berhimpun beramai-ramai semata-mata nak hantar memorandum tersebut.

“Hantarlah memorandum walaupun setebal 1000 muka surat. Kenapa nak hantar memorandum bawa 100 ribu orang? Saya ada baca pandangan SUHAKAM patutnya dibenarkan berhimpun. Kalaulah berhimpun tak menyusahkan orang, boleh. Berhimpunlah kat stadium, tak kacau orang.

“Nak melalak, nak melolong, nak memekik, nak apa sahaja kat stadium tu terpulang, tetapi jangan kacau 15,000 pemandu teksi nak cari makan, jangan mengacau beribu-ribu lagi penjaja kecil, jangan mengacau beribu-ribu lagi peniaga yang terpaksa menutup kedai dan janganlah kacau berpuluh-puluh ribu pelancong asing yang datang melancong ke negara kini ini,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:30 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Ambil Tindakan Tegas Termasuk ISA Terhadap Kumpulan Pengacau

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]