Nilai jualan produk Felda lepasi RM1b tahun lepas

Nilai jualan produk Felda lepasi RM1b tahun lepas

KUALA LUMPUR 15 Jun – Sejumlah RM1.06 bilion dicatatkan sebagai nilai jualan yang diperoleh daripada aktiviti keusahawanan warga peneroka di rancangan Felda tahun lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, angka itu menunjukkan peningkatan kira-kira dua kali ganda dalam tempoh lima tahun apabila jumlah jualan produk usahawan Felda mula direkodkan pada 2005.

"Jumlah jualan pada 2005 ialah sebanyak RM415 juta, 2006 (RM550 juta), 2007 (RM539 juta), 2008 (RM842 juta), dan 2009 (RM911 juta),” katanya dalam jawapan bertulis kepada Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ismail Mohamed bertanya mengenai jumlah jualan produk keluaran usahawan peneroka Felda sejak 10 tahun dan jenis produk dipasarkan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Ahmad Maslan berkata, Felda telah mewujudkan rangkaian peruncit bagi membantu memasarkan produk keluaran peneroka di samping membimbing para usahawan mempraktikkan sistem dokumentasi dan transaksi jual beli sistematik. – Bernama

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 2:17 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Nilai jualan produk Felda lepasi RM1b tahun lepas

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]