Zahid pengerusi pilihan raya olok-olok

KUALA LUMPUR, 31 Mei - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mempengerusikan pilihan raya olok-olok pada bulan depan. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan pergi ke negeri bukan di bawah pemerintahan mereka untuk mendapatkan maklum balas sebelum mengeluarkan arahan-arahan tertentu untuk persiapan pilihan raya seperti penubuhan bilik gerakan dan jawatankuasa pilihan raya. "Ahli-ahli MT yang merupakan bapa angkat, di mana yang tidak sibuk kita bagi lima bahagian, kalau dia sibuk, contohnya kalau dia Pengerusi Perhubungan Bahagian, kita bagi empat atau tiga bahagian," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Mesyuarat Mingguan UMNO bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)di sini hari ini. Katanya, pilihan raya sedemikian yang pernah diadakan sebanyak dua kali iaitu sebelum pilihan raya umum 2004 dan 2008. Proses pilihan raya olok-olok itu dijangka mengambil masa dua bulan dan kesemua bapa angkat berkenaan diwajibkan menyerahkan hasil laporan pilihan raya berkenaan kepada pucuk pimpinan parti. "Dalam tempoh dua bulan itu, mereka kena siapkan laporan, tak kan nak tunggu hujung tahun baru hendak beri laporan," kata beliau. Dalam pada itu, Ahmad yang juga Pengerusi Biro Penerangan dan Publisiti Barisan Nasional (BN) turut menjemput semua NGO di negara ini untuk berjumpa dan mengemukakan cadangan yang membina kepada pihaknya supaya cadangan tersebut dapat diketengahkan.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:04 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Zahid pengerusi pilihan raya olok-olok

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]