Lebih 2,000 termasuk NGO sambut kepulangan PM

SEPANG 22 Julai - Lebih 2,000 orang termasuk ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membanjiri dataran Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi ini, untuk menyambut kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari lawatan kerjanya di luar negara.

Orang ramai yang tiba seawal pukul 9 pagi itu turut disertai beberapa pemimpin kerajaan dan ahli parti komponen serta gabungan Barisan Nasional (BN).

Mereka menyambut ketibaan Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari lawatan kerja lapan hari beliau ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali itu dengan kain rentang sepanjang 12 kilometer yang tertera tandatangan 1.2 juta rakyat Malaysia yang menyokong kepimpinannya.

Idea menghasilkan kain rentang yang dicetuskan oleh Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) itu dilancarkan secara serentak di 212 lokasi seluruh negara sejak 17 Jun lalu.

Malah kempen melakar tandatangan di atas kain rentang itu turut diadakan di perkarangan Stadium Bukit Jalil semasa perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Liverpool 16 Julai lalu.

Pada sambutan kepulangan Perdana Menteri pagi ini, parti komponen dan gabungan BN turut meraikan harijadi Najib yang jatuh esok dengan menyediakan sebuah kek sejurus Perdana Menteri dan delegasinya turun dari kapal terbang.

Antara yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Turut serta ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana, Datuk S. K. Devamani.

Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dan Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader turut hadir pada majlis itu.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:21 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Lebih 2,000 termasuk NGO sambut kepulangan PM

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]