Umno guna media baru tarik generasi muda
2:53 PM
SHAH ALAM: Umno akan menggunakan perantara baru, iaitu internet dalam usaha menarik dan mempengaruhi generasi muda menyertai parti itu tanpa mengikut langkah pembangkang yang cenderung menggunakan media berkenaan untuk menghentam pemimpin parti lain. Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata, strategi itu adalah antara dua strategi utama yang akan beliau gunakan selain mengadakan pertemuan dan bersemuka dengan generasi muda untuk lebih memahami kehendak golongan tersebut terhadap Umno. "Kita akan berbicara gunakan bahasa mereka (generasi muda) kerana sekarang bahasa mereka ialah dengan menggunakan media maya seperti blog dan facebook, tetapi kita akan nyatakan yang benar.
Saya tidak galakan hal-hal fitnah kerana itu bukan kita, jadi biarlah mereka (hentam Umno dalam blog) kerana fitnah bukan selamanya akan dijadikan kepercayaan oleh rakyat.
"Satu masa nanti kebenaran juga yang mereka akan cari dan saya yakin apa yang Barisan Nasional (BN) buat ialah hal-hal yang benar. Ia adalah satu proses dan InsyaAllah kita akan melalui proses itu dan akhirnya saya yakin satu masa nanti kebenaran akan jadi kenyataan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan bekas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib di sini, hari ini. Pertemuan itu bertujuan mendapatkan pandangan daripada Muhammad mengenai tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan Umno. Sebelum ini, Ahmad yang dilantik menggantikan Muhammad pada 24 April lalu turut menemui dua bekas Ketua Penerangan Umno iaitu Tan Sri Dr Yusof Noor dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.
"Satu masa nanti kebenaran juga yang mereka akan cari dan saya yakin apa yang Barisan Nasional (BN) buat ialah hal-hal yang benar. Ia adalah satu proses dan InsyaAllah kita akan melalui proses itu dan akhirnya saya yakin satu masa nanti kebenaran akan jadi kenyataan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan bekas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib di sini, hari ini. Pertemuan itu bertujuan mendapatkan pandangan daripada Muhammad mengenai tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan Umno. Sebelum ini, Ahmad yang dilantik menggantikan Muhammad pada 24 April lalu turut menemui dua bekas Ketua Penerangan Umno iaitu Tan Sri Dr Yusof Noor dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.
Mengenai blog bersifat pro-pembangkang yang lebih cenderung mengagungkan pemimpin tertentu dalam parti pembangkang, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Umno tidak akan melakukan pendekatan yang sama kerana parti itu lebih menumpukan kepada dasar dan hala tuju parti. "Kita bukan ikutan peribadi, pemimpin datang dan pergi seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas Perdana Menteri) tetapi yang kekal ialah Umno dan BN. "Pada kita yang kita nak tonjolkan ialah dasar parti, hala tuju parti dan kerajaan, itu yang patut dijadikan perjuangan dan perjuangan mengagungkan pemimpin bukan kita. Dasar yang baik dan bermanfaat kepada rakyat itu yang lebih penting," katanya. Ahmad dalam pada itu turut memaklumkan bahawa Setiausaha Penerangan Umno, Mohd Nasiruddin Jantan, akan kekal memegang jawatan itu.
Sementara itu, Muhammad berkata, beliau percaya bahawa Ahmad akan dapat menggalas tanggungjawab barunya dengan baik walaupun berdepan dengan cabaran dan kekangan yang besar untuk menarik generasi muda kepada Umno. "Tinggal lagi waktu sekarang masyarakat sudah lebih kritikal dan terdedah, banyak pilihan jadi saya fikir kita kena selami apa yang ada pada rakyat, bagaimana kita nak tarik masyarakat kita yang sudah didedahkan dengan media sekarang yang tiada sekatan langsung. "Ini adalah cabaran yang kita kena hadapi dan saya dulu pun banyak berdepan dengan cabaran dalam usaha memberi penerangan kepada masyarakat. Justeru, kita perlu bantu ketua penerangan untuk dapatkan sokongan dan seperti kata beliau kita hendaklah seperti mereka (pembangkang) kerana sudah banyak kejayaan kita terhadap negara. Mereka (pembangkang) masih belum lakukannya jadi mereka nak hentam kita sahaja," katanya.
Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 2:53 PM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0
Tahniah kpd YB Timbalan Menteri diatas kerja kuat dalam menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Konsep penerangan juga telah dipelbagaikan iaitu media bersemuka,media elektronik,media cetak dan media cyber.
Satu idea baru daripada seorang Timbalan Menteri yang baru tapi saya ingin memberi sedikit komen iaitu janganlah janganlah menunjuk nunjuk sangat kerja kuat tu, asyik selalu keluar surat khabar. Tidur rumah org tu lah, minum kedai kopi ni lah, dgn peneroka tu lah, dgn org BTN ni lah. Yang pentingnya semua perkara yang YB buat tu Allah tahu dan Allah akan menyebarkan kebaikan YB dgn penuh bijaksana tanpa menggunakan akhbar pun, insyaallah.
Maaf sekiranya komen saya kasar tapi kerana sayangkan YB yg pada pandangan saya, seorang individu yang berkerja kuat demi Agama, Bangsa dan Tanah air. Salam
tolonglah yb.apa kata umno buat sistem sms dan emel utk sebarkan aktiviti umno setempat cth di peringkat bahagian,negeri dsb.
pertahankanlah hak kita dikala kita ada kuasa,hak,masa,upaya,kudrat dan kewangan.
bila kita dah rebah,susah kita nak bangkit kembali..
-ahli UMNO Kelantan-
Pemimpin UMNO Kelantan tolonglah bersatu.Jgn jadi mcm isu Terengganu dan Perlis.Kita nak ahli UMNO dan rakyat sokong kita,tp kita pijak sesama sendiri.
PAS hidup subur di Kelantan krn UMNO yang berinya baja...
Kalau x jd juga harap Ketua Penerangan UMNO baru hantar mereka ke Institut Latihan Memperkasa UMNO.ajar mrk lagu Warisan biar mrk hayati betol2.
Sy komplen di sini sbb sy sayangkan UMNO.Kalau saya x sayang dah lama saya biarkan UMNO bungkus.
UMNO,Dulu,Kini & Selamanya.
Ahli UMNO Kelantan,Kubang Kerian.