Kumpulan Sokong Nik Aziz Adalah Suara Minoriti - Ahmad Maslan

ALOR GAJAH, (Bernama) -- Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata kumpulan yang menyokong Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menentang usaha perpaduan antara parti itu dan UMNO adalah suara minoriti rakyat negara ini dan tidak perlu diberi perhatian.Beliau berkata suara majoriti rakyat Malaysia tanpa mengira kaum inginkan perpaduan dan inginkan politik yang lebih stabil, aman dan tenteram pada masa depan.Suara minoriti itu tidak perlu diberi perhatian kerana ini akan menyebabkan usaha yang lebih besar dan mulia gagal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pidato Pergerakan Pemuda Umno di Tanjung Bidara di sini, hari ini.Idea bagi penubuhan kerajaan perpaduan dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi mendapat tentangan keras daripada Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.Ahmad berkata sebagaimana yang disebut Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, UMNO menerima dengan terbuka pandangan penubuhan kerajaan perpaduan untuk diperincikan lagi oleh pimpinan PAS dan untuk dibincangkan oleh pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.Beliau berkata perkara ini adalah perkara besar dan rakyat pada keseluruhannya tanpa mengira parti menunggu untuk melihat hasilnya kerana perpaduan di kalangan pimpinan parti politik terutama UMNO dan PAS bukan hanya menguntungkan orang Melayu tetapi juga memberi faedah kepada kaum lain."Rakyat Malaysia ini dua pertiga adalah bumiputera manakala satu pertiga lagi adalah Cina, India dan kaum lain."Perpaduan di kalangan pucuk pimpinan dan perpaduan dua parti khasnya PAS dan Umno bukan hanya menguntungkan dua pertiga penduduk Malaysia bumiputera Melayu Islam tetapi juga membawa kesan positif kepada satu pertiga penduduk bukan Melayu," katanya.Beliau berkata ini sesuai dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri serta sesuai dengan konsep "Rakyat Didahulukan" kerana rakyat sudah muak berpecah belah dan inginkan perpaduan, kemakmuran dan kedamaian."Kalau semuanya aman sejahtera akhirnya kita boleh tumpu kepada perkara yang jauh lebih penting iaitu untuk memakmurkan rakyat dan negara, tujuan murni memakmurkan rakyat dan negara ini jauh lebih penting daripada pertikaian kepartian ini," katanya.Ahmad berkata rakyat Malaysia bukan sahaja bersaing sesama mereka di dalam negara ini tetapi perlu bersaing di pentas dunia."Sekiranya kita asyik berbalah antara satu sama lain, sesama rakyat dalam negara ini, kita melupakan adanya persaingan yang jauh lebih penting iaitu survival kita sebagai sebuah negara dengan banyak lagi negara di dunia ini," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 3:46 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Kumpulan Sokong Nik Aziz Adalah Suara Minoriti - Ahmad Maslan

  1. Assalamualaikum YB,

    sebagai seorang anak bangsa Melayu, saya menaruh setinggi-tinggi harapan untuk melihat kaum saya di satu hari nanti boleh bersatu di bawah payung semangat perpaduan yang berlandaskan kepada agama Islam di mana bukan sahaja kepentingan kaum Melayu dijaga tetapi kaum lain juga terbela.

    Saya amat setuju dengan pendapat YB jika kita rakyat Malaysia dapat bersatupadu tanpa mengira kefahaman politik ataupun perbezaan bangsa, sudah pasti kita sebagai sebuah negara dapat bangun dengan teguh untuk bersaing dan mencipta nama di persada antarabangsa.

    Marilah kita bersama memanjangkan doa supaya hari kemenangan dapat dikecapi oleh semua rakyat Malaysia di satu hari yang terdekat ini...Amin!

    Wassalam.
    Azlan Abdullah

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]