Parti komponen BN tidak disisihkan dalam perbincangan kerajaan perpaduan

PONTIAN: Parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak akan disisihkan dalam perbincangan kerajaan perpaduan antara Umno dan Pas, kata Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, hari ini. "Parti-parti komponen (di dalam BN) tidak perlu bimbang...kita memerlukan mereka di dalam perbincangan itu," katanya. Beliau yakin majoriti rakyat negara ini mempersetujui cadangan supaya Umno dan Pas berbincang mengenai cadangan itu.

Golongan yang tidak bersetuju terhadap cadangan perbincangan di antara Umno dan Pas itu adalah golongan minoriti, katanya selepas merasmikan Seminar Kecemerlangan Masjid dan Surau Daerah Pontian di Kompleks Usahawan, di sini. Cadangan perbincangan di antara Pas dan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan itu dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi dibantah oleh Mursyidul Am parti terbabit, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata cadangan pembentukan kerajaan perpaduan itu akan memberi kebaikan kepada rakyat dan membantu memperkukuhkan ekonomi negara.
"Perbincangan itu bukan saja akan mendatangkan kebaikan kepada Barisan Nasional tetapi juga akan menguntungkan kesemua rakyat tanpa mengira kaum," katanya. Ketua Penerangan Umno itu turut menyatakan bahawa Pas tidak perlu meminta kebenaran daripada DAP mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlebih dulu tentang cadangannya untuk berbincang dengan Umno. Pas yang memiliki 23 kerusi Parlimen dan menguasai Kedah serta Kelantan memiliki kekuatan sendiri, katanya. Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan negeri (DUN) Manek Urai di Kelantan 14 Julai ini, Ahmad berkata, jika Pas ikhlas tentang cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, parti itu seharusnya tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu.
"Jikalau Pas benar-benar mahu perpaduan, berilah kerusi itu kepada Umno. Lagipun Pas sudah banyak kerusi di Kelantan, Umno hanya ada enam kerusi," katanya. Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, sebelum ini meminta BN tidak meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai sebagai tanda keikhlasan parti itu terhadap perbincangan dengan Pas. - Bernama

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:42 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Parti komponen BN tidak disisihkan dalam perbincangan kerajaan perpaduan

  1. YB Ahmad Maslan,
    Anda mmg seorang pemimpin berjiwa rakyat.Bravo YB.
    Welcome to my blog.tq

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]