Perdana Menteri Mahu Warga Felda Buat Transformasi Besar

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak lebih sejuta warga Felda di negara ini melakukan transformasi besar bagi melonjakkan kekayaan pendapatan mereka.Dalam konteks melakukan transformasi besar ini, Perdana Menteri berkata antara aspek yang perlu diberi penekanan oleh Felda ialah penyelidikan dan pembangunan (R&D), amalan baik daripada segi ekonomi dan pemasaran serta proses perniagaan."Semuanya mesti menjurus usaha melonjakkan kekayaan pendapatan jauh lebih tinggi kepada warga peneroka Felda," katanya semasa berucap pada perhimpunan bersama warga Felda di Dewan Perdana Felda di sini.Beliau berkata transformasi besar, yang bermatlamat utama menjana pendapatan lebih tinggi seluruh masyarakat Felda itu, perlu dicapai dalam tempoh 50 tahun akan datang."Saya ajak bukan untuk membuat perubahan atau menambahbaik tapi transformasi besar untuk menentukan masa depan jauh lebih baik. Oleh itu saya harap kita beri tumpuan pada proses transformasi ini," kata Perdana Menteri.Pada majlis itu, Najib turut melancarkan slogan "Felda: Felda Hanya 1 di Dunia" yang mencerminkan simbol kejayaan Felda sebagai agensi pembangunan tanah terunggul di dunia dan Felda Rally Team.Felda Rally Team pula ditubuhkan dengan matlamat ke arah pembentukan bakat Malaysia glokal dan bertaraf antarabangsa dalam bidang pengurusan projek sukan serta mencungkil bakat profesional dalam bidang sukan rali.Perdana Menteri berkata Felda berterusan dapat mempertahankan kedudukannya sebagai organisasi pembangunan tanah terunggul di dunia dan transformasi yang dimaksudkan itu boleh meninggalkan kesan amat besar kepada masyarakat Felda.Najib berharap proses transformasi ini dapat mencetuskan satu budaya baru pada masyarakat Felda -- sentiasa peka pada disiplin, amalan cara hidup baik seperti kebersihan, sifar masalah sosial, hidup aman damai, sentiasa taat pada agama, yang keseluruhannya menjurus kepada menjadi satu masyarakat contoh.Katanya Felda, dalam 53 tahun pertama penubuhannya, berjaya membebaskan 112,000 keluarga Felda daripada belenggu kemiskinan selain mewujudkan prasarana asas untuk masyarakat Felda menikmati kehidupan lebih baik.Katanya gagasan "1Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang diperkenalkannya boleh diaplikasikan dalam usaha membawa transformasi besar kepada Felda."Ini adalah dalam konteks satu impian dan satu warga Felda yang bernaung di bawah bumbung Felda, Rakyat Didahulukan dan di sini peneroka Felda didahulukan demi kesejahteraan mereka, dan pencapaian diutamakan di mana warga Felda mesti menilai keberkesanan dalam apa yang dilakukan," katanya.Najib berkata kerajaan membelanjakan sejumlah RM187.6 juta untuk faedah 28,787 anak-anak warga Felda dalam pelbagai peringkat pendidikan dari 2005 hingga tahun ini.Bercakap dalam sidang akhbar kemudian, Najib berkata Felda turut memberi penekanan kepada program perumahan untuk generasi kedua Felda dan kini terdapat enam buah projek sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.Katanya dalam pakej rangsangan ekonomi kedua, kerajaan meluluskan RM100 juta untuk Felda menambahkan lagi bilangan projek perumahan kerana permintaan kemudahan perumahan yang semakin meningkat di kalangan generasi kedua Felda.Katanya selain menjana pendapatan daripada tanaman kelapa sawit, peneroka dan warga Felda juga terlibat dalam pelbagai program ke arah meningkatkan sumber pendapatan.Antaranya, program tanaman hijau diperkenalkan tahun ini serta program keusahawanan yang kini melibatkan 35,000 warga Felda.Peneroka juga digalakkan melabur dalam saham koperasi Felda dan dividen yang diisytiharkan dapat menambah pendapatan mereka.Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan pelantikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan untuk membantu beliau di Felda dan berkata beliau akan terus berusaha memberikan kepimpinan terbaik kepada Felda walaupun kini masanya terbatas berikutan pelantikannya sebagai Perdana Menteri.
Sumber : Bernama

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:44 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Perdana Menteri Mahu Warga Felda Buat Transformasi Besar

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]