Umno Anggap Idea Kerajaan Perpaduan Belum Berkubur : Ahmad Maslan

KUALA KRAI, (Bernama) -- Walaupun pakatan pembangkang tidak bersetuju dengan cadangan Pas untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, Umno menganggap idea itu belum berkubur kerana tidak semua pemimpin Pas menolaknya."Masih ada harapan kerana tidak semua pemimpin Pas yang tentang idea kerajaan perpaduan," kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.Bercakap kepada pemberita di sini Jumaat, beliau berkata Umno menyokong cadangan itu kerana perpaduan bukan sahaja akan menguntungkan orang Melayu tetapi juga semua kaum.Cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan itu dicetuskan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertujuan menyelesaikan pelbagai kemelut politik yang melanda negara tetapi ianya ditolak dalam satu perjumpaan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat dengan Pas pada Isnin lepas.Ahmad berkata Umno sentiasa membuka ruang perbincangan sekiranya Pas masih mahu meneruskan idea pembentukan kerajaan perpaduan itu."Kita tetap berharap untuk mengadakan perbincangan dengan Pas tentang kerajaan perpaduan, tanpa kehadiran sekutunya dalam pakatan kerana jika ada mereka, susah sikit untuk berjaya," katanya.Ahmad sebelum itu melawat pasangan warga emas, Omar Ya, 79 dan isteri Munah Dollah, 58, di rumah mereka di Kampung Sungai Peria di sini.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:12 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Umno Anggap Idea Kerajaan Perpaduan Belum Berkubur : Ahmad Maslan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]