Pusat Operasi BN jadi tumpuan

Pusat Operasi BN jadi tumpuan
KUALA KRAI 10 Julai - Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Kampung Sungai Sok Luar, Menek Urai, di sini sentiasa dipenuhi oleh anggota jentera parti silih berganti.
Ia juga menjadi tumpuan petugas media cetak, elektronik, portal berita dan penulis blog bukan sahaja untuk mendapatkan jadual ceramah terkini, tetapi juga membuat liputan sidang akhbar.
Dengan pendekatan mesra media, ia terbuka kepada semua petugas media sama ada pro kerajaan dan pembangkang dan di situ juga sebahagian berita mengenai perjalanan Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai disiarkan untuk tatapan rakyat seluruh negara.
Sidang akhbar harian biasanya dilakukan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed serta Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:57 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Pusat Operasi BN jadi tumpuan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]